Pages

Tuesday, February 23, 2010

Tips untuk Menjimatkan Duit Elaun

Aku yakin, semua orang mesti pernah rasa bila duit elaun korang 'mengalir' macam air...
Tak kisahlah sama ada korang dapat elaun ke, biasiswa ke, pinjaman ke...
Bila duit masuk je...kita keluarkan...bila masuk je, kita keluarkan lg... Jadi duit tu tak pernahnya nak merasa lama-lama duk dalam bank yang ber-aircond.

Kepada sesiapa yang dah ada niat sikit-sikit nak biarkan duit tu lama sikit kat dalam bank, jom la kita kongsi sama-sama tips kat bawah ni (t'masuk laa aku...huhu~):

Tapi ops!!! Jap!!! Buat korang yang rasa dah ok dengan kewangan korang sekarang, tak yah laa baca :)

1. Bila elaun masuk, korang cuba timbulkan rasa macam tak ada apa-apa yang berlaku atau dengan kata lain, korang buat 'dek' je. Jangan timbulkan rasa excited. Sebab dengan itu, korang tak akan mula menyenaraikan barang keperluan termasuk barang yang tak diperlukan untuk senarai 'wajib beli'.

2. Cuba untuk berasa bahagia dengan barang-barang yang korang ada sekarang. Contohnya, berasa sayang kepada handphone walaupun dah berumur lebih empat tahun dan tak ada bluetooth pun (macam aku... ngeee~). Sayang kat beg walaupun dah terputus da benang dia sikit-sikit (jangan lah sampai xleh nak pakai langsung kowt...). Sebab korang kena yakin yang semua barang-barang tu ada 'sentimental value' XD hohoho~

3. Timbulkan rasa MALAS...Hahaha, masa ni lah korang kena apply kan perangai tak best ni. Nak apply kat perkara lain tak baik, so masa ni lah kita gunakan sebaik-baiknya. Contohnya, timbulkan rasa malas nak keluar ke bandar, rasa malas nak tukar baju (especially p'puan sebab nak kne cari baju, cari tudung yang match, nak kne gosok lg, lagi-lagi tudung yang payah nak pakai tu...hah susah kan :O). So, bila rasa malas nak keluar, duit pun jadi jimat, tak payanh nak membeli, tak payah keluarkan duit tambang, kos duit minyak motor pun kurang.

4. Tapi kalau kena keluar gak untuk beli barang-barang keperluan, cubalah korang makan kenyang-kenyang dulu sebelum keluar. Aku dah cuba banyak kali dan dah jadi tabiat aku setiap kali sebelum keluar, memang menjadi sebab tak rasa sangat nak membeli. Kalau budak-budak maktab Afzan tu, korang belilah ice blanded ke, nugget ke, bebola ayam ke...makan dulu sebelum korang beli untuk makan malam. I hope it works on you huhu~ (tapi jangan lum sempat kenyang korang dah start m'beli - memang tak jalan kot!!).

Dah laa kot... tu je tips-tips yang aku tengah amalkan sekarang...tp perhatian!!! It may works on certain people only...Klu tak menjadi tu...cari lah cara lain k!!! :)

6 comments:

rosesmiza said...
This comment has been removed by the author.
rosesmiza said...

huhu..kak dila da trlmbt..
miza da abes elaun separuh da...

Nur Adilah said...

hahaha..alamak...xpe2..apply ntuk elaun seterusnya nnt, jgn uat2 lpe lak.. uhuhu~

the resistance said...

tak payah nak risau2 sal gaji dan elaun ni..jaga solat,InsyaAllah di pelihara rezeki kita..Allah da tetapkan rezeki kita sejak dari Loh Mahfuz lg..huhu

the resistance said...

salam..tak payah nak fikir byk2 sal duit elaun mahupun gaji ni..jaga solat InsyaAllah rezeki Allah tetap akan ada..Rezeki Allah da tntukan sjak dari LOh Mahfuz lg..huhu

Nur Adilah said...

the resistance, thanks 4 ur comment..
betul tu klu kte jage solat InsyaAllah t'jamin rezeki kte tapi kita kena jugak berusaha untuk berjimat kerana itulah bukti kte b'syukur kepada Allah...betul tak.. :)
btw Loh Mahfuz tu apa?

Related Posts with Thumbnails