Pages

Thursday, June 24, 2010

World Cup 2010 : I Choose Germany!!!

Germany...pasukan yang aku sokong sejak aku kenal world cup 2002. Entah apa mulanya aku berminat dengan team Germany pun aku tak ingat. Tapi aku rasa masa aku tengok match time 2002 tu Germany yang tengah main. Aku tertarik giler dengan skill menanduk Miroslav Klose yang hampir-hampir nak menang kasut emas tetapi dimenangi oleh Ronaldo ~ Brazil. Mula-mula Klose yang mendahului bilangan jaringan terbanyak dulu tapi dah dekat-dekat nak akhir Ronaldo pulak yang skor lagi banyak jaringan dengan 8 jaringan n Klose dapat 5 jer (apa kena ngan ayat aku nieh...pening2). Takpe2 itu bermakna Ronaldo memang lagi terer tapi aku tetap sokong German huhu~

Antara player yang aku suka adalah seperti berikut (dah macam buku teks lah plak ^_^):


Miroslav Klose
No. Baju: 11
Position: Midfield
Player yang mula-mula aku suka sebab dia antara yang paling banyak skor gol untuk German. Dia amat power dalam menanduk. Keras kepala nieh...Tapi kena kad merah masa lawan dengan Serbia hari tu. Geram..geram...


Philipp Lahm
No. Baju: 16
Position: Defence
Player yang aku suka sebab dia pandai rebut bola balik. Lagi2 bila betul2 dah depan gol. Hehe..dah tentulah sebab dia defence... Dan dia adalah player yang paling comel...cuba tengok gambar bawah ni..comel x..comel x!!?? Huhu~



Lukas Podolski
No.Baju: 10
Position: Midfield gak rasanya..
Player yang aku suka sebab dia banyak gak buat cubaan-cubaan yang maut tetapi banyak gak yang cenderung untuk ke tepi gol daripada masuk gol untuk world cup kali nieh, haih.. Tapi dia dapat award 'Best Young Player' time worldcup 2006. Terer lah tu kan...


Mesut Ozil
No. Baju: 8 (aku pun tak paham kenapa dalam gambar baju dia no. 10...diorang ske main tukar2 baju kowt..huhu~)
Position: Midfield
Player yang agak baru dan semakin menyerlah. Terbaru, dia lah yang menyebabkan German menang time lawan Ghana. Nasib baik Ozil score...yuhuu~


Michael Ballack
No.Baju: 13
Position: Midfield
Player yang paling otai. Satu-satunya player yang main untuk Kelab Engaland ~ Chelsea. Tapi dia tak main world cup kali ni sebab beliau telah tercedera. Kesian...uhukuhuk... :)

Yang paling best, Germany lepas untuk next match...seronok-seronok!!! Tapi next kena lawan dengan 2nd place kumpulan C iaitu England yang juga merangkumi team feveret ayah...Abih laa....perang besar la lepas ni...

Wednesday, June 23, 2010

Chocolate Cornetto McFlurry

Baru je makan Cornetto McFlurry edisi coklat dibeli khas dari McD Dataran Senawang. Sangat SEDAP!!!! Kalau saya kaya...saya nak letak kaunter Ice Cream McD dalam rumah, boleh makan setiap kali lepas makan nasik...hahaha!!!!

Jadi sesiapa yang rasa dia baik silalah belanja saya... ^_^

Chocolate Cornetto McFlurry edisi belum kacau... ^_^

Air liur anda melelah...sila lap sekarang!!! huhu~

Tuesday, June 22, 2010

Comuter: Ladies Only at All Times ~ Hmmm....

Setiap kali aku balik ke maktab or maktab ke rumah, aku wajib menggunakan semua pengangkutan ni:

Prebet - Bas Transnasional - LRT (Titiwangsa - Bandar Tasik Selatan [BTS])- Komuter (BTS - Seremban) - Kereta ayah... Kalau sangkut salah satu....tak sampai rumah lah aku jawabnya...huhu~ :)

Dan dalam banyak-banyak pengangkutan tu, naik komuterlah yang paling sakit sekali. Sebabnya:

~ jarak masa antara satu komuter dengan satu komuter lagi biasanya setengah jam... (bayangkan jelah kalau korang baru lepas naik bas selama 3 jam + lrt setengah jam - dan baru je terlepas satu komuter dan kewujudan potensi next comuter to be delayed [pengalaman lepas]...xke separuh mati rasanya..uhuhu~

~ KOMUTER SARDIN - lagi2 bila timing sampai dekat komuter bile time orang kerja office baru balik kerja 5-7pm: bayangkan korang memang terpaksa akan sampai kat stesen komuter pukul 6 plus2...2-3 komuter terpaksa dilepaskan dengan rela...

~ Skil merebut, menghimpit dan dihimpit - skil yang harus dimiliki untuk survive...lagi2 bila komuter lalu kat bangi, ukm dan serdang n budak2 universiti pun cuti jugak: Bila fikir2 balik....Ya Allah, ampunkanlah dosaku...

Walaupun terseksa jiwa dan raga, setelah 2 tahun lebih - aku dah lali ~ kira...alah bisa tegal biasa..huhu~

Sehinggalah...Ladies Coach Available!!!



Seronok dan best sebab selesa, tak padat dengan orang sangat, ada potensi dapat seat dan tak tambah dosa :) Sangat seronok!!!
Tapi yang tak berapa best, ada pulak lelaki yang masuk coach ni. Tak kisah kalau dia tersilap masuk n tukar coach selepas tu kat stesen seterusnya. Waaa...sangat gentleman!!!
Yang geramnya bila dia masuk dengan girlfriend n pastu buat2 tak tahu yang coach tu coach perempuan. Kalau nak sangat sama-sama dengan girlfriend, duduklah kat coach yang bukan untuk perempuan je. Dan ada jugak yang bukan dengan girlfriend pun tapi saja je nak masuk, walaupun dah kena marah dengan polis yang jaga KL Sentral tapi dia boleh buat2 tak tahu n siap geleng kepala lagi...pelik2..dia tak rasa malu ke ek?? Kalau nak masuk sangat lain kali pakai tudung k...tak ada siapa nak marah ~ risiko: nanti orang kata gila...huhu~

Tapi bila fikir-fikir balik, kesian pulak bila time2 peak hour...komuter dah lah memang sedia sardin..tp orang2 perempuan masih boleh selesa sikit...tak adil pulak rasanya...
Better perempuan pun tak boleh masuk coach lelaki...jd kurang sempit skit coach tu...
n ada coach family untuk married couple dan yang ada anak..rasa lagi ok kowt...huhu~

Apa-apa pun semua benda kat dunia ada pro n contras nya yang tersendiri, so tak boleh nak kata benda tu baik atau tak baik..cuma kita boleh mencuba yang terbaik..hmmm.... :)

Monday, June 21, 2010

Father's Day at Pizza Hut

Happy Father's Day buat semua lelaki yang bergelar ayah dan especially buat ayahku tersayang, En. Mohd Paiz b. Md Said...SAYANG AYAH!!!

Kalau dulu setiap kali father's day, mother's day atau birthday ayah dengan mak, kitorang (aku, ayuni dengan adlina) selalu bincang-bincang nak beli apa, kumpul duit belanja sekolah lepas tu pura-pura mintak nak pergi Giant konon ada barang keperluan sekolah nak kena beli padahal nak beli hadiah (sebab kitorang tak pandai drive kowt..huhu~) Lepas tu bila dah beli, kena fikir pulak cara-cara sorokkan hadiah masuk dalam kereta...thrilling gila tapi itu yang seronok...perasaan cemas tu yang seronok...huhu~

Tapi sekarang kitorang dah tak boleh nak buat macam tu sebab mak dengan ayah dah bertambah terer dalam meneka. Konfem kantoi...hehe that's why kitorang ambil keputusan untuk straight forward je. Kitorang just tanya,"Ayah, tak lama lagi Father's Day, ayah nak makan kat mana, kitorang belanja..huhu~ :)
Macam biasa setiap kali kitorang wish, ayah atau mak mesti dengan gelak-gelak comel dan malu-malu...COMEL!!!! huhu~

Jadi, kami pun pergi ke Pizza Hut!!

Menu biasa:
1 large super supreme
1 personal hawaiian tuna
2 garlic bread
1 nmineral water (sbb mak xnak air pepsi..huhu~)
1 jug of Pepsi = kenyang.

Ayah sangat suka dengan nenas, maka kami memberi semua nenas dalam pizza kepada ayah sebab kami tak berapa suka hihihi~ (Tp saya kutip mushroom...sedap...huhu~)
Mak pulak suka makan salad...(Saya??? Huhu...biarlah rahsia...)

As always, picture time!!!

Ayuni dengan ayah


Huhu~ saya dengan emak :)


Adlina dengan kakaknya yang comel..huhu~


Kesimpulannya: kami kenyang dan gembira!!!
P/s walaupun mula-mulanya aku nak belanja tapi last2 ayah suruh bayar separuh je...lagi separuh ayah bayar..huhu~ ayah...ayah... :)

Friday, June 11, 2010

'Citarasa Tersendiri'



Waaaaaa!!!!! Currently, tengah layan cerita 'Citarasa Tersendiri' yang tajuk sebenarnya ialah Personal Taste!!! Huhu~ best sangat ^_^

Walaupun jalan ceritanya lebih kurang sama aje dengan cerita-cerita korea yang lain yet still ada part yang sama dengan cerita My Girl, ada part yang sama dengan cerita Full House contohnya lelaki tu mesti : hensem, kaya, dua tiga heroin suka dia, dingin, tak suka heroin mula-mulanya, pastu suka bagai nak gila, pastu perempuan tu pulak : gila-gila, tak lawa mula-mulanya, ada masalah kewangan, duduk satu rumah dengan lelaki tu, pastu jadi lawa akhirnya...tup-tup = HAPPY ENDING ~ Tamat

Tapi, cerita tu jugaklah yang buat mata aku sakit (tengok dalam gelap sbb adik2 dah tidur) dan buat telinga aku lenguh dengan earphone yang bersumbat dalam telinga = cecah pukul 2-3 pagi + bangun lambat + kena marah ~ memang terbaik dari ladang huhu~ ^_^ (tapi mak tak ada lah marah sangat sebab semua kerja settle...[bangga2!!]

Walupun baru tengok sampai bab 13, (means ada 3 bab lagi)...overall cerita tu memang best...tengok lah yea!!!

Synopsis:
Jeon Jin Ho is a straight guy who pretends to be gay in order to become Park Kae In's roommate. His hobbies include organization and ironing, and he’s known for his stoic poker face. He’s a stickler for cleanliness, but he also has a talent for figuring out a women’s feelings. Kae In is very trusting even though she has a habit of being betrayed. However that doesn't stop her from giving people the benefit of doubt and Jin Ho is no different. How will Kae In react when she finds out that her gay roommate is not actually gay at all and that he has fallen for her? ~ DramaWiki~

Hero: Lee Min Ho sebagai Jeon Jin Ho
Heroin: Son Ye Jin sebagai Park Gae In

Kalau nak download cerita ni: gblog85
Guna: Internet Download Manager ~ laju... :)

Enjoy it k!!!!

Special thanks to Wani, yang promote n ajarkan cara nak download cerita nie!!! Luv u!!!

Tuesday, June 1, 2010

Sindrom Cashier & Salesgirl Malaysia

'Sindrom Cashier & Salesgirl Malaysia'....

Bunyi macam penyakit je....hmmm memang penyakit pun.... Penyakit yang melanda majoriti cashier-cashier perempuan Melayu yang ada kat Malaysia ni. Sorry to say...bunyi memang macam kasar dan memang kasar pun sebab semua orang pun tahu, pokok takkan goyang kalau tak ada angin. Tapi awal-awal cakap, aku tak bermaksud semua cashier perempuan yang ada kat Malaysia ni berpenyakit macam ni, cuma segelintir je. Ada je yang baik dan sangat mesra tapi yang segelintir nilah yang buat hati aku panas.

Aku rasa ada je yang pernah kene apa yang aku dah terkena. Kalau setakat sekali terkena tu tak apalah. Tak kisah pun. Tapi kalau dah beberapa kali terkena, tak ke aku yakin sindron ni memang betul-betul wujud. Yang paling aku sedih dan pelik, semuanya berbangsa Melayu dan perempuan. Seolah-olah diorang ni macam ada sejenis penyakit yang sama bila bekerja sebagai cashier atau salesgirl. Berlagak bagus, jawab pun nak taknak, nada suara sinis giler, orang tanya baik-baik - dia jawab benda-benda yang menyakitkan hati. Memang tak teringat kalau nak cerita balik semua perkara-perkara yang pernah berlaku tapi pandai-pandailah fikir sendiri, wujudnya pekerjaan cashier dengan salegirl tu pun sebab adanya customer. Tapi kalau dengan customer pun buat hal, apa tujuan pilih kerja tu. Pergilah pilih pekerjaan yang bekerja dengan mesin kalau tak boleh nak bekerja dengan orang.

Tak terniat pun nak menyentuh perasaan siapa-siapa yang pernah bekerja sebagai cashier atau salesgirl ni. Tapi sebagai customer, kitorang pun manusia yang ada perasaan jugak. Bukan heroin cerita tv yang sentiasa bersabar dengan perkara-perkara yang menyakitkan hati dari mula sampai ke penghujungnya. Jadi tolonglah, tak luak apa-apa pun kalau korang senyum. Tak rugi apa-apa pun kalau korang cakap baik-baik. Dah tentu kita perempuan dan Melayu pulak tu. Terkenal dengan adat dan budi bahasa. Serius aku cakap, tak rugi apa-apa pun kalau jadi baik.

Kesimpulannya, (dah macam karangan lak aku rasa...) jadilah cashier dan salegirl yang baik...huhu~

*Aku sangat suka dengan ada seorang akak cashier kat Giant Senawang, suara dia lembut dan cara dia cakap macam cakap dengan pakwe. Untung dia, Allah bagi dia suara macam tu...huhu~ (hehe...aku pun bersyukur jugak dengan suara aku...tak lembut pun takpe asalkan ada suara huhu~)



Currently, pergi Jusco Seremban 2 dengan Ayuni n Adlina. Sempat je ambik gambar time tengah beratur masa nak beli Cornetto McFlurry kat McD. Akak kaunter aiskrim tu??? Ok je...cemerlang, gemilang dan terbilang...huhu~
Related Posts with Thumbnails