Pages

Saturday, July 9, 2011

Apa yang kita nak sebenarnya??

9 Julai 2011

Semua orang tahu apa yang ada pada tarikh ni. Semua ada pendapat masing-masing pada tarikh ni. Semua orang nak menegakkan bahawa pendapat merekalah yang betul pada tarikh ni. Semua ada kepentingan masing-masing pada tarikh ni.

Aku tahu....
sesetengah orang nakkan keadilan yang mereka rasa mereka tak dapat keadilan tu sebelum ni sebab aku percaya pokok tak akan bergoyang kalau tak ada angin...

dan aku tahu,
ada sesetengah orang pula yang rasa dia dah cukup adil dan tetap nak mempertahankan yang dia telah bersikap adil tanpa periksa sama ada adakah dia cukup adil atau sengaja menyembunyikan bahawa mereka tak pernah bersikap adil sebelum ni...

Haha...nampak macam aku atas pagar kan. Tak belah mana2. Tak pro mana2. Kat sini aku tak nak cerita sama ada aku tak belah mana-mana atau aku berpegang pada mana-mana pihak. Tapi aku hanya nak berkongsi rasa sebagai individu biasa kat Malaysia ni bila situasi macam ni berlaku kat negara aku. Negara yang kita tinggal ni. Tempat kita membesar, tempat kita diajar untuk sayang menyayangi, lindung-melindungi.

Dulu, aku sikit punya bangga dengan Malaysia yang tak pernah ada rusuhan, tak pernah ada demonstrasi besar-besaran. Tak macam negara-negara lain yang sikit-sikit rusuhan, sikit-sikit demonstrasi. Aku rasa bersyukur sangat lahir kat Malaysia. Tapi apa dah jadi sekarang ni...

Buat yang nak keadillan....
tak ada cara lain ke nak tegakkan keadilan?
dengan buat rusuhan....dapat ke apa yang korang nak?
Mesir buat macam tu sebab nak jatuhkan pemerintahan yang bersifat kuku besi. Korang rasa korang hidup dalam pemerintahan kuku besi ke sekarang ni? Ada yang kena tindas? Ada yang hidup terlampau miskin melarat? Cuba sebut satu negara yang tak ada langsung rakyat yang miskin? ADA? Ada negara yang perfect? ADA?

Ok, aku angkat tangan la kalau cakap pasal politik sebab aku memang tak tahu dan tak nak ambil tahu sebab aku percaya mana-mana media sebagai perantara, semua ada kepentingan masing-masing, that's why aku TAK PERCAYA!

Dan ada juga respon kat Facebook yang kata penting untuk kita ada kesedaran dan kefahaman tentang negara kita sekarang ni. Mana yang adil dan mana yang tak. Tapi bagi aku apa yang penting INI JE KE CARA YANG ADA??

Yang menentang...
Berarak ramai2....bawak sepanduk bagai...pakai baju warna sama...berkumpul ramai smpi block the whole town....laung suara2 "kita kena ada kesedaran"...

Yang menegakkan...
Main sekat2....tak bertolak ansur...main gas2 pemedih mata macam ala-ala cerita Hollywood gitu...

Tak ke gaduh namanye tu....seronok kot buat gitu....
Dah tak best duduk aman-aman dah yea! Selain aman, apa lagi yang manusia nak lagi sebenarnya yea??? Oh.....kuasa...lupa pulak!

Terima kasih lah sebab tunjuk 'contoh yang baik' seperti perkara di atas kat generasi muda yang aku bakal didik nanti. Generasi yang baru nak mengenal dunia. Generasi yang cepat belajar dengan apa yang ada kat sekeliling dia. Lepas ni bolehlah diorang repeat apa yang korang buat kan!

P/s: Saya nak negara saya kembali aman....itu aje....
"How do you expect kids to listen to their parents when Tarzan lives half naked,
Cinderella comes home at midnight,
Pinocchio lies all the time,
Aladdin is the king of thieves,
Batman drives at 200 mph,
Sleeping Beauty is lazy,
and Snow White lives with 7 guys.
We shouldn't be surprised when kids misbehave, they get it from their story book"
Selama baca buku ni tak pernah terfikir pulak...

P/s: That means saya budak baik...huhu~ ^_^

Friday, July 1, 2011

Untuk adik

Pada suatu malam, aku dan adik berbaring sambil mengadap siling dan juga memandang kipas yang berputar laju. Ayuni pulak sibuk menyiapkan latihan PA. Masing-masing senyap dan melayan perasaan masing-masing. Namun tidak semena-mena adik pun bertanyakan suatu soalan kepadaku...(ececeh cam novel lak...)

Adik: Akak, nape akak dah tak update-update blog lagi.

Aku: Emm....tak ada idea lah...tak tahu nak tulis apa. Takkan nak update "em...aku tak ada idea lah tapi aku nak tulis gak". (Tiba-tiba aku rasa macam aku pernah buat...erk!)

Adik: Oh....

Tiba-tiba aku terasa yang dia terasa dengan kata-kata aku tadi bila dia kata...

Adik: Adik selalu update sebab adik suke menulis @ menaip.

Erk...alamak...terasa kah dia...

Aku: Haa....tu ok lah tu...tak kisah lah kan dah namanya pun blog. (ececeh...try nak ambik hati balik)

Haha...inilah kisahnya pada satu malam di bilik kitorang. Kisah tentang 'kisah'nya adik aku terhadap blog aku yang tidak berupdate. Terharu~huhu...tapi tak tahu lah sejauh mane ke'kisah'an dia tapi bagi aku soalan tersebut sudah agak 'kisah' bagi aku.

Btw adik, for your information, akak sikit pun tak terpikir kan kau sebagai contoh statement akak tu. I was just being random. Walaupun akak n kau sendiri tahu yang kau memang sangat cekap mengupdate blog walaupun benda yang kecik2. Tapi akak tahu ko memang gemar menaip n apa yang akak salute, ko tahu nak guna alternative medium untuk luahkan n gambarkan apa yang ko rasa. So, keep it up but slow down sikit untuk tahun ni k.

Hahaha....kenapa aku gunakan cerita ni sebagai intro post kali ni. Haha...saja nak create mood n selain untuk menunjukkan betapa lamanya aku dah tak update blog. But, adik don't worry, based on statement above....i really mean it. ^_^

Most of all, reason kenapa akak payah nak update blog adalah kerana akak tak berapa nak kreatif, tak reti nak bercerita dan sebagainya (sape suruh buat blog kan).

N kenapa pulak akak still ada blog, akak nak blog ni satu medium untuk kongsi apa yang akak alami n rasa pada masa-masa kritikal iaitu gembira terlampau, sedih terlampau, addicted and excited terlampau and of course bila perfectly lonely terlampau (perlu ke?)...haha~ overall that's why blog ni jadi on and off constantly~ That's why...

Salah satu sebab lain adalah akak tak ada keyakinan atau self esteem yang cukup dalam nak bercerita tentang apa yang akak tahu sebab dah banyak kali sangat self-esteem direndahkan dengan persekitaran yang mempunyai self-esteem yang terlampau tinggi. Obviously...of course ia salah sendiri...so jangan jadi macam akak...haha~

Sebab bila once dah hilang, payah ko nak cari balik. Bukan boleh beli macam beli barang kat pasar malam...

"Kak, nak 'keyakinan' dua bungkus. Ikat tepi eh..." ^_^hakhak

Ingat tak yang pasal 'strong character' tu, with what you have now...just kekalkan tapi jangan biarkan orang lain menekan ko n jangan lak ko menekan orang....(jgn nak bangga2, angguk kecik2 sambil tersenyum nipis sudah...)haha

Ok cukup! tak pasal-pasal akak buat kisah nasihat untuk ko kan...
Btw akak sebenarnya nak ucapkan selamat hari lahir yang ke-17, disebabkan akak insists nak bagi hadiah maka inilah hadiah nye...sebuah motivasi...suke tak! (angguk dan ketawa sekarang!)

Haha....ok be a good girl, stay bright, stay cheer, jaga kesihatan elok2, ikut cakap mak n ayah, n jadi budak baik sebab tak kemana pun kalau nak otai2 jd budak nakal...buang masa! (ok dah start balik dah...) Akak sayang adik n semua...^_^


Happy Birthday Nur Adlina!!!
Related Posts with Thumbnails