Pages

Saturday, July 9, 2011

Apa yang kita nak sebenarnya??

9 Julai 2011

Semua orang tahu apa yang ada pada tarikh ni. Semua ada pendapat masing-masing pada tarikh ni. Semua orang nak menegakkan bahawa pendapat merekalah yang betul pada tarikh ni. Semua ada kepentingan masing-masing pada tarikh ni.

Aku tahu....
sesetengah orang nakkan keadilan yang mereka rasa mereka tak dapat keadilan tu sebelum ni sebab aku percaya pokok tak akan bergoyang kalau tak ada angin...

dan aku tahu,
ada sesetengah orang pula yang rasa dia dah cukup adil dan tetap nak mempertahankan yang dia telah bersikap adil tanpa periksa sama ada adakah dia cukup adil atau sengaja menyembunyikan bahawa mereka tak pernah bersikap adil sebelum ni...

Haha...nampak macam aku atas pagar kan. Tak belah mana2. Tak pro mana2. Kat sini aku tak nak cerita sama ada aku tak belah mana-mana atau aku berpegang pada mana-mana pihak. Tapi aku hanya nak berkongsi rasa sebagai individu biasa kat Malaysia ni bila situasi macam ni berlaku kat negara aku. Negara yang kita tinggal ni. Tempat kita membesar, tempat kita diajar untuk sayang menyayangi, lindung-melindungi.

Dulu, aku sikit punya bangga dengan Malaysia yang tak pernah ada rusuhan, tak pernah ada demonstrasi besar-besaran. Tak macam negara-negara lain yang sikit-sikit rusuhan, sikit-sikit demonstrasi. Aku rasa bersyukur sangat lahir kat Malaysia. Tapi apa dah jadi sekarang ni...

Buat yang nak keadillan....
tak ada cara lain ke nak tegakkan keadilan?
dengan buat rusuhan....dapat ke apa yang korang nak?
Mesir buat macam tu sebab nak jatuhkan pemerintahan yang bersifat kuku besi. Korang rasa korang hidup dalam pemerintahan kuku besi ke sekarang ni? Ada yang kena tindas? Ada yang hidup terlampau miskin melarat? Cuba sebut satu negara yang tak ada langsung rakyat yang miskin? ADA? Ada negara yang perfect? ADA?

Ok, aku angkat tangan la kalau cakap pasal politik sebab aku memang tak tahu dan tak nak ambil tahu sebab aku percaya mana-mana media sebagai perantara, semua ada kepentingan masing-masing, that's why aku TAK PERCAYA!

Dan ada juga respon kat Facebook yang kata penting untuk kita ada kesedaran dan kefahaman tentang negara kita sekarang ni. Mana yang adil dan mana yang tak. Tapi bagi aku apa yang penting INI JE KE CARA YANG ADA??

Yang menentang...
Berarak ramai2....bawak sepanduk bagai...pakai baju warna sama...berkumpul ramai smpi block the whole town....laung suara2 "kita kena ada kesedaran"...

Yang menegakkan...
Main sekat2....tak bertolak ansur...main gas2 pemedih mata macam ala-ala cerita Hollywood gitu...

Tak ke gaduh namanye tu....seronok kot buat gitu....
Dah tak best duduk aman-aman dah yea! Selain aman, apa lagi yang manusia nak lagi sebenarnya yea??? Oh.....kuasa...lupa pulak!

Terima kasih lah sebab tunjuk 'contoh yang baik' seperti perkara di atas kat generasi muda yang aku bakal didik nanti. Generasi yang baru nak mengenal dunia. Generasi yang cepat belajar dengan apa yang ada kat sekeliling dia. Lepas ni bolehlah diorang repeat apa yang korang buat kan!

P/s: Saya nak negara saya kembali aman....itu aje....

No comments:

Related Posts with Thumbnails