Pages

Monday, January 31, 2011

Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @ Najib Razak

KRISIS di Mesir....
Aku rasa tak perlu nak cerita apa krisisnya sebab dah banyak berita tentang krisis ni kalau taip kat "Google" tu tapi aku rasa lebih terpanggil untuk menjadi penyebar tentang nasib atau keadaan sebenar pelajar Malaysia kat sana. Kalau semua tengok berita malam tadi, mesti dah tau macam mana keadaan kat sana. Tapi setakat yang aku tengok malam tadi kat TV, keadaan nampak ok dan tak teruk sangat tapi bila aku baca update pagi ni...takutnya!!!

Aku terpanggil untuk tulis entri ini selepas baca entri dari blog.ariff "Krisis di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @ Najib Razak". Kalau nak tahu status diorang buat masa ni, sila rujuk link yang aku dapat dari blog.ariff ni: Krisis Mesir, nasib pelajar kita

Aku tak pasti sama ada semua kawan-kawan aku kat sana dah balik Malaysia atau belum tapi kalau belum...frankly said...aku sangat-sangat takut! Aku still try dapatkan respon diorang dari Facebook walaupun aku tahu sistem komunikasi kat beberapa tempat kat sana, termasuklah internet, telefon dan segala jenis perhubungan terputus. Kalau diorang reply, ok lah sebab dah ada kat Malaysia. Tapi masalahnya seorang pun tak reply lagi...

So, apa yang aku harap supaya kerajaan Malaysia tolonglah bawak diorang balik, SEMUA sekali. Mungkin usaha mengeluarkan mereka dari negara tu sudah dimulakan sedikit demi sedikit tapi diharapkan proses tu dilakukan dengan lebih cepat. Tindakan mengumpulkan pelajar-pelajar Malaysia atau dari negara-negara lain yang perempuan terutamanya dalam satu bangunan yang dikawal contohnya alex kumpulkan student dalam bangunan Mara n kat mansoura diorang letakkan penjaga lelaki di lorong-lorong memang merupakan tindakan yang sangat wajar tapi usaha untuk bawa mereka balik ke Malaysia haruslah terus diberi keutamaaan. Sebab, polis diorang pun dah tak boleh nak buat apa-apa kalau sebilangan besar banduan-banduan mereka terlepas. Kejadian membakar bangunan pun semakin menjadi-jadi, kalau communication system ada pun tapi bekalan top up untuk handphone takde, kalau ada ada kredit pun tapi kalau bateri habis pun tak boleh nak charge sebab bekalan elektrik takde. So, tentu semua pun sangat-sangat faham apa yang famili diorang kat Malaysia ni tengah rasa sekarang ni...

So, kepada sesiapa yang membaca post ni, marilah kita sama-sama berdoa agar semua student-student Malaysia kat sana selamat dan berdasarkan blog.ariff, sesiapa yang ada twitter maybe korang boleh buat apa yang dia sarankan ni:

"Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care."

Gambaran situasi kat sana:







* sumber gambar: google images

Sunday, January 23, 2011

Serious!!! Saya penat tergelak...

Petang tadi adalah antara sejarah tergelak yang paling banyak yang telah aku cipta. Dari start rehlah sampailah habis. Efeknye....sakit kepala sampai sekarang...nice~

Tapi apa-apa pun credits to rina and of course keseluruhan team AJK Sosial dan Aktiviti sebab dah buat aktiviti yang superb untuk kitorang...
tak lupa buat semua kawan-kawan yang memang sporting buat perangai gila sampai tak cukup nafas aku gelak...ye terima kasih...
yang aku salute...Afnan yang sanggup turun walaupun busy...aku tabik orang macam ko..best2..
n tak lupa kepada sya n kimah yang tak dapat ikut sama sebab ada program...xpe2 len kali kita buat lagi k...^_^

Bermula seawal jam 7 pagi ktorang yang perempuan dah start buat sandwich dengan air teh ntuk bekalan masa rehlah, banyak ktorang buat supaya cukup untuk semua especially yang lelaki yang konfem2 datang tanya pasal makan je dulu...

K, pendek cerita aktiviti ni ktorang buat kat astaka institut. Program mula dengan main game padang...
Main baling selipar, nyorok-nyorok dengan 'Iceberg'. Tak cukup-cukup main masa kecik-kecik dulu, masing-masing tak ingat dunia main lagi tadi. Semua tak sedar dah besar. Tapi honesly cuba bagi tahu siapa yang rasa dia dah matured sangat kata main benda ni macam budak kecik. Tipu besar lah kalau kata tak best...hak3

Permainan bermula~

Pengisytiharan 'monster2' secara rasmi~

Sakit perut tergelak dengan perangai gila bila diorang ni....
yang baling selipar tak kena-kena..
yang tak cukup2 tanah bila kena kejar..
yang tak sempat nak nyorok dah kena tangkap..
yang main permainan budak2 pun nak pasang strategi perang..
yang naik 'Iceberg' tak nak turun2..
yang monster tak pernah nye nak kenyang2..
yang bila kena kejar, penguin yang sepatutnya comel pun boleh ngeri..

Hahahaha!!!!...Adeh..sakit perut...
Dah tu bila time makan lak..senyap sunyi...macam malaikat lalu..
Bila perut lapar...sandwich, kerepek pisang dengan air teh pun jadi..
Tangan masing2 laju je...sampaikan ada yang menyarap punya laparnya...
Bukti?

Haa..kan dah cakap dah...

Makan..makan..makan..borak..borak..borak..

Lepas makan, tak cukup2 main...ktorang main pulak game "Baby, do you love me?", "Panjang pendek", "Silent Killer" dengan " Buaya-Biawak".

Hey you...don't judge a game by its name tau...kalau dah main..tau laa tahap bestnye macam mane...silap2 hilang suara sebab gelak..

Sudah2!! Kne cap gay kang payah....

Ya...permainan ini memerlukan kekuatan minda..

Mana tak gelak kaw2 punya bila...
yang sepatutnya "Baby, do you love me" jadi "Baby, I love you"..
yang keluarkan vocab lak tahap kamus dewan..
yang banyak menghasilkan spesis baru..biawe lah, buawak lah, biawayak lah..
scientist pun give up dengar spesies2 tu...

n of course yang paling banyak dapat "Langsi of the day"...
mane tak nye kalau bila suruh ambik surat khabar, dia ambik benda lain...
dia yang tak sepatutnya jadi "pembunuh" nak jugak jadi "pembunuh"...adoi...hak3

tu sume lah yang buat aku sakit kepala sampai sekarang...

N tak ketinggalan...aktiviti wajib bagi setiap program...











btw...thanx guys...i've had so much fun today...sayang korang~

Monday, January 10, 2011

Canon Prima 5

Merujuk kepada post aku sebelum ni. Aku dah jumpa dah kamera famili aku yang Canon tu.

Canon Prima 5


Bukan warna hitam tapi kelabu....


Tapi aku ingat lagi bentuk casing dia...sikit punya tebal nak bawak kehulu-kehilir~

Lebih kurang mcm ni lah...tp tak tahu lah kalau sume casing dia sama je sbnrnye..huhu~

Btw, aku nak cerita pasal satu kamera ni. Lagi unik, terbaek dari ladang...
Camera Nimslo 3D.
Berdasarkan namanya kita pun dah boleh agak yang hasil gambar tu akan jadi 3D. Bila pikir2 balik...boleh ke? Ok, cuba korang tengok ni....



dan ni...



N inilah ghomen eh camera dia....



So kalau nak gambar jadi camtu belilah yea!!! ^_^

Tambahan: lepas aku baca post ni balik...nampaknya gambar tu tak menjadi...
maybe sebab aku copy n paste je kowt. K kalau nak tengok gambar yg sbnrnye tekan ni

Aku dan Kamera

Kali ni aku nak cerita pasal kamera. Aku memang teramat suka ambil gambar. Tak kisah la dari segala apa jenis kamera pun, sama ada kamera yang guna filem yang 36 tu ke, kamera digital, kamera handphone ataupun gambar yang boleh diambil dari handycam. Semua aku belasah, janji dapat ambil gambar. Hak3..

Aku mula kenal kamera dengan kamera ayah aku. Nikon jenis apa aku tak tahu sebab masa tu aku kecik sangat lagi. Cuma yang aku tau benda itu adalah kamera. Huhu~ Tapi aku ingat yang kamera tu masih pakai filem n tak ada lcd screen view lagi kat belakang kamera tu. Atau dengan kata lain kalau nak ambil gambar kenalah letak betul2 kat mata untuk tengok tempat yang nak ambil gambar tu dan tak boleh nak tengok balik gambar yang kita dah ambil tadi. Haha...kalau salah ambil, tesenget ke, gegar ke, memang nasib laa...burn filem je tak pasal2. Kamera yang ni aku tak pernah cuba. Yelah kan..umur pun tak seberapa lagi dah nak try ambil gambar. Disebabkan kamera itu menggunakan filem, bilangan gambar yang diambil adalah terhad, yang juga membawa makna ia perlulah digunakan dengan sebijak-bijaknya tanpa kesalahan, maka aku tidak mempunyai sebarang kelayakan untuk mencuba kamera itu. Tambah-tambah lagi dengan berat kamera tu yang Nauzubillah beratnya. Tapi sampai satu masa, kamera tu dah tak boleh pakai lagi sebab lens dia dah berkulat. Sikit punya lama pakai kamera tu. Tu yang aku respect sangat kat ayah sebab ayah pandai jaga barang. Aku? Haha...toksah ceritalah malu...huhu~

Ala-ala kamera ayah aku dulu...nak cari yang tepatnya mmg tak ingatlah jawabnya...


Kelayakan: tengok je kamera tu @ diambil gambar dengan kamera tu....

Sejak kamera Nikon tu problem, agak lama jugak keluarga kitorang tak ada kamera. Tambahan pulak masa tu adik beradik kitorang tengah nak membesar. Semua nak pakai duit. Tak dinafikan masa tu keluarga kitorang susah. Zaman susah yang aku sendiri ingat lagi. Ok, stop sampai situ...takmo la taching2 kang nangis lak kang. Sape yg nangis? akulaa~ hakhak...

Kalau tak salah start aku tadika sampai lah darjah 4-5, barulah nak ada kamera balik. Kamera Canon tak salah. Tapi kamera ni still pakai filem. Tapi tak tahulah kenapa, kamera ni lah yang paling tak ada memorinya dalam ingatan. Aku tak ingat langsung bentuk kamera tu. Yang aku tau, kamera tu warna hitam n surface dia licin. Kiranya, ni lah kamera pertama yang aku dapat try. Tapi bab2 masukkan filem, aku memang tak pass. Everytime, abang or ayah yang akan buat. Kata abang, "Biar abang buat, nanti salah kang membazir je...". Ok fine, aku akur. Aku pun tau kalau silap tarik n letak konfem2 banyak filem yang burn. Sebab filem macam tu kalau belum guna lagi tak boleh kena cahaya matahari, sebab dia akan rosak. Tapi akhir2 zaman kamera tu aku pass jugak akhirnya untuk masukkan filem. Tapi itu pun aku rasa boleh kira dengan jari n dengan kamera itu jugaklah aku bawak pergi rombongan sekolah ke KL masa darjah 6. Best woo...feel je bawak kamera sebab rasa dah besar n dipercayai. Huhu~

Lebih kurang mcm nilah masa nak masukkan filem tapi kamera yg sebenar
bukan mcm ni tp kamera biasa je...yg ni slr (bukan dslr)...

*SLR - Single-lens reflex (pakai filem)
*DSLR - Digital Single-lens reflex (pakai memory card)
Kelayakan: dah boleh guna sikit2 tapi masih terkawal..haha~


Ada sejarah best ngan kamera tu...pernah sekali aku bawak untuk ambil gambar jamuan PSS kat Hotel Malaysia. Pose2 dalam tu sume aku dah ambil baik punya. Bila dah habis filem, kamera tu akan keluarkan bunyi yang membawa maksud dia tengah roll balik filem tu. Ok, fine. Aku pun keluarkanlah balik filem tu n masukkan dalam casing jernih dia yang masa keluarkan dalam kotak tu. Aku ni pulak yang dah memang sedia skema, masukkan lah balik casing tu dalam kotak dia.





Konon nak impressed kan mak n ayah yang aku memang tertib dalam menggunakan kamera tersebut. Balik je rumah, aku letak lah kamera ngan filem tu kat atas meja. Then, aku gi mandi. Haha~ nak jadi cerita, abang aku pulak ternampaklah kotak filem dalam plastik bersama2 dengan kamera tu. Kamera dia simpan, kotak filem dia buang. Haaa...memang best!
Dah berhari2 lepas masa nak pergi cuci baru aku perasan. Lepas tanya2, abang aku ingatkan filem dalam kamera n kotak tu kosong. Haaa...lagi best! Lagipun memang tak ada sejarah dalam famili aku yang simpan balik filem dah guna dalam kotak. Aku sorang je yang buat...haha~ padan muka!

Ok, lepas tu sejarah kamera berfilem dah habis. Dalam area aku pertengahan sekolah menengah, ayah beli kamera baru. Kamera digital - Nikon Coolpix. Zaman per'kamera'an yang agak gemilang bagi aku sebab dengan kamera tu lah aku cuba macam2 cara ambil gambar. Pose dari atas la, pose dari rumput, zoom in, zoom out, night mode, landscape n segala mende jadah aku cuba. Tiap2 kali ada vacation, akulah yang akan ambil gambar. Kira aku yang memunyakan kamera tu. Tapi akibatnya, gambar aku yang paling tak ada masa tu...Nice....



Tapi, tak kisah sebab aku memang suka ambil gambar. Sampai satu masa kamera tu pulak yang problem. Setiap kali ambil gambar, sumenya bergaris-garis dan bertukar menjadi warna kuning. Memang sign nak kena tukar lah tu. So, tiap2 kali pergi vacation, kamera abang aku pulak yang ber'tugas'. Tapi masalahnya, abang aku asyik terlupa nak keluarkan kamera n ambil gambar. Kadang2 sampai aku yang ingatkan. Agak geram laa sebab banyak scenery best yang terlepas. Tapi apa2 pun kalau dia yang ambil gambar memang cantik, tapi CUMA asyik terlupa je. Hahaha~ jangan marah eh...

Sekarang kamera abang tu dah jadi macam kamera famili sebab abang aku dah boleh ambil gambar dengan phone baru mahal dia tuh. Jadi kami tiga beradik...agak memunyakanlah kamera tu...abang pun cool jer...apa lagi...haha~ thanx abg~ ^_^



And....sekarang ni...tujuan matlamat, misi dan visi aku adalah untuk mencuba, menggunakan dan memunyakan eh x...MEMILIKI kamera NIKON DSLR SENDIRI! Yeah...besar cita2 tapi tak tahu lah bila nak tercapainya...tunggulah kerja dah stabil nnt...agak2 mse tu dah keluar kamera apa tah lagi agaknya...haha~ Tapi, ayah pun mempunyai cita2 yang serupa. Besar kemungkinan dalam masa terdekat ni maybe aku boleh start dengan cuba kamera tu..BUKAN MEMILIKINYA....^_^

NIKON DSLR D3000 - ni yang paling reasonable to start with kowt...huhu~
Related Posts with Thumbnails