Pages

Saturday, July 9, 2011

Apa yang kita nak sebenarnya??

9 Julai 2011

Semua orang tahu apa yang ada pada tarikh ni. Semua ada pendapat masing-masing pada tarikh ni. Semua orang nak menegakkan bahawa pendapat merekalah yang betul pada tarikh ni. Semua ada kepentingan masing-masing pada tarikh ni.

Aku tahu....
sesetengah orang nakkan keadilan yang mereka rasa mereka tak dapat keadilan tu sebelum ni sebab aku percaya pokok tak akan bergoyang kalau tak ada angin...

dan aku tahu,
ada sesetengah orang pula yang rasa dia dah cukup adil dan tetap nak mempertahankan yang dia telah bersikap adil tanpa periksa sama ada adakah dia cukup adil atau sengaja menyembunyikan bahawa mereka tak pernah bersikap adil sebelum ni...

Haha...nampak macam aku atas pagar kan. Tak belah mana2. Tak pro mana2. Kat sini aku tak nak cerita sama ada aku tak belah mana-mana atau aku berpegang pada mana-mana pihak. Tapi aku hanya nak berkongsi rasa sebagai individu biasa kat Malaysia ni bila situasi macam ni berlaku kat negara aku. Negara yang kita tinggal ni. Tempat kita membesar, tempat kita diajar untuk sayang menyayangi, lindung-melindungi.

Dulu, aku sikit punya bangga dengan Malaysia yang tak pernah ada rusuhan, tak pernah ada demonstrasi besar-besaran. Tak macam negara-negara lain yang sikit-sikit rusuhan, sikit-sikit demonstrasi. Aku rasa bersyukur sangat lahir kat Malaysia. Tapi apa dah jadi sekarang ni...

Buat yang nak keadillan....
tak ada cara lain ke nak tegakkan keadilan?
dengan buat rusuhan....dapat ke apa yang korang nak?
Mesir buat macam tu sebab nak jatuhkan pemerintahan yang bersifat kuku besi. Korang rasa korang hidup dalam pemerintahan kuku besi ke sekarang ni? Ada yang kena tindas? Ada yang hidup terlampau miskin melarat? Cuba sebut satu negara yang tak ada langsung rakyat yang miskin? ADA? Ada negara yang perfect? ADA?

Ok, aku angkat tangan la kalau cakap pasal politik sebab aku memang tak tahu dan tak nak ambil tahu sebab aku percaya mana-mana media sebagai perantara, semua ada kepentingan masing-masing, that's why aku TAK PERCAYA!

Dan ada juga respon kat Facebook yang kata penting untuk kita ada kesedaran dan kefahaman tentang negara kita sekarang ni. Mana yang adil dan mana yang tak. Tapi bagi aku apa yang penting INI JE KE CARA YANG ADA??

Yang menentang...
Berarak ramai2....bawak sepanduk bagai...pakai baju warna sama...berkumpul ramai smpi block the whole town....laung suara2 "kita kena ada kesedaran"...

Yang menegakkan...
Main sekat2....tak bertolak ansur...main gas2 pemedih mata macam ala-ala cerita Hollywood gitu...

Tak ke gaduh namanye tu....seronok kot buat gitu....
Dah tak best duduk aman-aman dah yea! Selain aman, apa lagi yang manusia nak lagi sebenarnya yea??? Oh.....kuasa...lupa pulak!

Terima kasih lah sebab tunjuk 'contoh yang baik' seperti perkara di atas kat generasi muda yang aku bakal didik nanti. Generasi yang baru nak mengenal dunia. Generasi yang cepat belajar dengan apa yang ada kat sekeliling dia. Lepas ni bolehlah diorang repeat apa yang korang buat kan!

P/s: Saya nak negara saya kembali aman....itu aje....
"How do you expect kids to listen to their parents when Tarzan lives half naked,
Cinderella comes home at midnight,
Pinocchio lies all the time,
Aladdin is the king of thieves,
Batman drives at 200 mph,
Sleeping Beauty is lazy,
and Snow White lives with 7 guys.
We shouldn't be surprised when kids misbehave, they get it from their story book"
Selama baca buku ni tak pernah terfikir pulak...

P/s: That means saya budak baik...huhu~ ^_^

Friday, July 1, 2011

Untuk adik

Pada suatu malam, aku dan adik berbaring sambil mengadap siling dan juga memandang kipas yang berputar laju. Ayuni pulak sibuk menyiapkan latihan PA. Masing-masing senyap dan melayan perasaan masing-masing. Namun tidak semena-mena adik pun bertanyakan suatu soalan kepadaku...(ececeh cam novel lak...)

Adik: Akak, nape akak dah tak update-update blog lagi.

Aku: Emm....tak ada idea lah...tak tahu nak tulis apa. Takkan nak update "em...aku tak ada idea lah tapi aku nak tulis gak". (Tiba-tiba aku rasa macam aku pernah buat...erk!)

Adik: Oh....

Tiba-tiba aku terasa yang dia terasa dengan kata-kata aku tadi bila dia kata...

Adik: Adik selalu update sebab adik suke menulis @ menaip.

Erk...alamak...terasa kah dia...

Aku: Haa....tu ok lah tu...tak kisah lah kan dah namanya pun blog. (ececeh...try nak ambik hati balik)

Haha...inilah kisahnya pada satu malam di bilik kitorang. Kisah tentang 'kisah'nya adik aku terhadap blog aku yang tidak berupdate. Terharu~huhu...tapi tak tahu lah sejauh mane ke'kisah'an dia tapi bagi aku soalan tersebut sudah agak 'kisah' bagi aku.

Btw adik, for your information, akak sikit pun tak terpikir kan kau sebagai contoh statement akak tu. I was just being random. Walaupun akak n kau sendiri tahu yang kau memang sangat cekap mengupdate blog walaupun benda yang kecik2. Tapi akak tahu ko memang gemar menaip n apa yang akak salute, ko tahu nak guna alternative medium untuk luahkan n gambarkan apa yang ko rasa. So, keep it up but slow down sikit untuk tahun ni k.

Hahaha....kenapa aku gunakan cerita ni sebagai intro post kali ni. Haha...saja nak create mood n selain untuk menunjukkan betapa lamanya aku dah tak update blog. But, adik don't worry, based on statement above....i really mean it. ^_^

Most of all, reason kenapa akak payah nak update blog adalah kerana akak tak berapa nak kreatif, tak reti nak bercerita dan sebagainya (sape suruh buat blog kan).

N kenapa pulak akak still ada blog, akak nak blog ni satu medium untuk kongsi apa yang akak alami n rasa pada masa-masa kritikal iaitu gembira terlampau, sedih terlampau, addicted and excited terlampau and of course bila perfectly lonely terlampau (perlu ke?)...haha~ overall that's why blog ni jadi on and off constantly~ That's why...

Salah satu sebab lain adalah akak tak ada keyakinan atau self esteem yang cukup dalam nak bercerita tentang apa yang akak tahu sebab dah banyak kali sangat self-esteem direndahkan dengan persekitaran yang mempunyai self-esteem yang terlampau tinggi. Obviously...of course ia salah sendiri...so jangan jadi macam akak...haha~

Sebab bila once dah hilang, payah ko nak cari balik. Bukan boleh beli macam beli barang kat pasar malam...

"Kak, nak 'keyakinan' dua bungkus. Ikat tepi eh..." ^_^hakhak

Ingat tak yang pasal 'strong character' tu, with what you have now...just kekalkan tapi jangan biarkan orang lain menekan ko n jangan lak ko menekan orang....(jgn nak bangga2, angguk kecik2 sambil tersenyum nipis sudah...)haha

Ok cukup! tak pasal-pasal akak buat kisah nasihat untuk ko kan...
Btw akak sebenarnya nak ucapkan selamat hari lahir yang ke-17, disebabkan akak insists nak bagi hadiah maka inilah hadiah nye...sebuah motivasi...suke tak! (angguk dan ketawa sekarang!)

Haha....ok be a good girl, stay bright, stay cheer, jaga kesihatan elok2, ikut cakap mak n ayah, n jadi budak baik sebab tak kemana pun kalau nak otai2 jd budak nakal...buang masa! (ok dah start balik dah...) Akak sayang adik n semua...^_^


Happy Birthday Nur Adlina!!!

Saturday, April 16, 2011

Two good stories...

I'd currently watched and read stories on these two which it were "Definitely, Maybe" and " A Walk to Remember". Saya tahu ia sudah lama n basi tapi nak buat macam mana....baru sampai seru nak baca kan....maka bacalah saya akan cerita itu...

I watched "Definitely, Maybe" and I read "A Walk to Remember", and the only common between these two stories was they were loves story and both of it were fun and interesting. Nothing much to say but it's kind a new thing for me for being able to finished up a 240 pages of a novel for less than a week after had been not reading even any English short stories for years. And the most impact from it is english words are keep spinning in my head over and over until I tend to speak and keep relating my whole life with all english words. But I was lucky to not having english words coming into my mind while having 'niat' in my Zohor prayer as like what one of my friend had done. Haha it was so damn funny although the prayer was still valid though.

But through "Definitely, Maybe" I was touched by this words which it was from the lines of William Hayes by Ryan Reynolds when he was practicing words to get a woman to marry him. It was...
"I wanna marry you because you're the first person that I want to look at when I wake up in the morning and the only one I wanna kiss goodnight. Because the first time that I saw these hands I couldn't imagine not being able to hold them. But mainly, when you love someone as much as I love you getting married is the only thing left to do. So will you, um...marry me?"

Hahahahaha......what was actually happening to me. Is it hormonal?? hakhakhak~
Although it is way to far ahead to get marry, I was still touched by these words or thing, so what? I am a woman ,I bet it is normal...huhu~

- Sebelum grammar bertambah tunggang-langgang lebih baik aku stop...huhu~
Anyway...they are good stories, have a try on those!! ^_^

Tuesday, March 29, 2011

Saya rindu...

Pelikkan....baru satu minggu dua hari tapi saya dah rindu rumah saya balik dah...
Tambah-tambah lagi bila si adik saya Nur Adlina Bt. Mohd Paiz yang memang sengaja nak menambah kerinduan dengan merekod dan mengambil gambar si Jibam a.k.a chigel a.k.a buncit dan beberapa a.k.a yg lain di dalam blognya . "Ok, akak suh ko post dia kat maktab ni, bila ko nak post hah!"

Btw...end of this week...rayau kat Melaka maybe boleh lepas rindu skit je asal dapat tgk sign board "Seremban - 50 km", walaupun hakikatnya tak berhenti pun kat Seremban...aduhai..sodeh2!!

Currently, selonggok ssignment memang tengah berlonggok kat atas meja. Disamping plug meja yang memang tak boleh dipakai yang sememangnya menambah lagi tekanan dan menguji kekuatan iman yang memang sentiasa dirasa sepanjang minggu ini secara consistent. Rasa marah yang mudah tercetus atas benda-benda yang kecil betul-betul menguji daya tahan sabar yang aku bentuk sebelum ni. Tapi aku bersyukur sebab semua emosi yang Allah bagi untuk aku rasa sepanjang minggu lepas sehingga minggu ni betul-betul memanfaatkan aku dalam nak bentuk diri sendiri. Haha....baru terasa "diri lebih baik dari semalam" hakhak!

And thanx a lot to adik yang post gambar2 Jibam kat blog because you have no idea on what i'd felt bila akak dapat tgk update si kecik tu...rindunye....

Miss u all and doakan akak dapat harungi tekanan yang tengah bertimpa-timpa nieh!

To mak n ayah, akak tujukan lagu ni khas ntuk mak n ayah...



Love u all!! <3

Tuesday, February 15, 2011

Layak tak saya nak sayang Kekasih Allah jugak...

Saya budak biasa. Tak baik sangat dan tak jahat sangat.

Saya tahu, saya pernah...
- buat mak n ayah marah, buat diaorang kecil hati, tak dengar cakap n keras kepala...
- sakitkan hati adik2 n abang, buat diorang marah...
- kecilkan hati kawan2 n buat diorang bengang...

dan juga...
- selalu lupa kat Allah bila hepi...
- dan bila susah barulah nak cari Allah...
- selalu lambat2kan sembahyang...
- selalu buat apa yang Allah larang...
- selalu x ingat kat Rasullulah...
- selalu tak teringat untuk selawat ke atas baginda...

jadi...
layak tak saya nak try sayang Kekasih Allah...
skali lagi... KEKASIH ALLAH...



Ok, kalau kita sebut 'kekasih'...
Kekasih adalah seseorang yang sangat-sangat disayangi, dicintai, yang akan dipastikan bahawa tak ada apa-apa yang tak baik berlaku kepada kekasih kita tu...
Jadi, Kekasih Allah bermakna, Rasullulah adalah merupakan seseorang yang sangat2 disayangi, dicintai dan akan dipastikan bahawa tidak ada apa-apa yang tak baik berlaku kepada baginda oleh Allah s.w.t.

Aku tak tahu nak cakap macam mana tapi layak ke orang yang macam aku ni nak claim yang aku sayang kat Rasulullah...
Siapa aku nak sayang Rasulullah kalau Rasulullah adalah seorang insan yang most beloved by Allah, tuhan yang cipta aku...
Kira macam, tak tahu malunya aku...ada hati nak sayang Rasullulah...

Mak pernah hantar satu video kat aku...
Video ni aku pasti dah ramai yang tengok...
Video tentang pemergian Rasullulah...

Align Center


Kesimpulan yang dapat aku buat berdasarkan video tu...
- Rasullullah amat amat amat sayang umatnya...sehinggakan saat akhir kewafatan baginda, baginda still sebut nama umatnya....
Kalau kita pada saat tu tentu dah tak de nak ingat sesiapa dah, mesti kita hanya fokus kat apa yang kita rasa pada masa tu...
Tapi, Rasulullah berkali-kali sebut nama umatnya...siapa umatnya? Kita lah kan...aku sedar yang aku pun...

Jadi, aku fikir2 apa yang aku boleh buat untuk Rasulullah untuk buktikan yang aku pun sayang Rasulullah...
Apa yang boleh aku buat untuk jadikan aku layak nak claim yang aku sayang Rasulullah...

Jadi, insyaAllah aku nak cuba:
- setiap kali aku teringat kat Rasulullah, aku nak selawat ke atas baginda...banyak2...
- aku nak ikut sikit2 apa yang Rasulullah buat...
Rasulullah suka maafkan orang...
Rasulullah selalu bersabar...
dan segala macam yang aku tahu Rasulullah buat, aku nak cuba buat sikit2...
Aku nak buat sikit2 dan tak nak buat skali gus sebab aku takut nanti tak berpanjangan....

Walau aku sedar sampai satu tahap nanti aku akan lupa balik....
jadi aku berdoa dan bermohon kepadaMu Ya Allah supaya "Ingatkanlah kepadaku setiap kali aku lupa...sesungguhnya aku adalah hambaMu yang sangat lemah hatinya" Amin~

Oleh itu, sempena Hari Maulidur Rasul ni, sama-sama lah kita mula selawat ke atas baginda dan bukan untuk hari ni je...tapi berterusan untuk hari2 akan datang...

Sunday, February 13, 2011

Oh tidak! Saya telah terpakai Adrenaline secara berlebihan

12 Februari 2010

Saya dan kawan2 saya iaitu Ain, Janna, Asma n Zairul telah membuat rombongan cik Kiah ke Kuala Lumpur.

Destinasi: Low Yatt n Times Square
Masa: 8.00 pagi - 10.00 malam

Destinasi berikut adalah merupakan hiburan rutin setiap semester bagi para guru pelatih IPG Afzan memandangkan lokasi tersebut adalah agak relevan dan agak mencapai tahap hiburan yang memuaskan (jika nak dibandingkan dengan Lipis....ooppsss..no offense 'Lipissian')

Disebabkan kami ni pen'jimat' (yang tak berapa nak banyak duit sebenarnya...saya lah~ huhu) maka KL is the best choice...Yelah nak dibandingkan dengan other choices yg dibuat seperti Cameron Highland lah, Bukit Larut lah...oleh budak2 lelaki class yg memang kuat berjalan...oh, tidak mengapa..go on guys...

Maka, as usual...(ececeh...) kami oun melawatlah tempat2 berwajib iaitu Low Yatt untuk membeli apa2 yang diperlukan seperti DVD's, headphones, pendrives. SETTLE...kami bergerak ke TS~

Then, it's Cosmo's time....
This is the second time berhibur di Cosmo World selepas pergi dengan family dulu....and now dengan kawan2 pulak...
Sebagai pemanas badan..kami start dengan spinning orbit dan diikuti dengan Ooort's Express, Robo Crash n Supersonic Odyssey . Its Superb!! Tak ketinggalan, kami turut mencuba 'Buddy Go Round' n "Fantasy Trail'....tak percaya? Percaya lah...huhu~

These are the pictures tapi tak banyak sebab kami lebih excited nak main daripada ambil gambar...that is one unusual thing...hihi~

Ain dan Janna...on Ooort's Express

Kami...sebelum berhibur dengan Robo Crash~ ^_^


dan tak ketinggalan....
SHOPPING TIME ~


Ok, that's it~ cukup2lah selepas diterbalik, dilipat, digulung dan dibaling oleh mesin-mesin yang ada kat Cosmo World...having to much adrenaline rush going on in my body on the day...ok that's it!!! Takmo lagi dah....(untuk beberapa ketika je lah..tgk lah lepas2 nieh....haha~)

Dan baru lepas baca blog adik tersayang Nur Adlina (haaa...ko plak...bangga tak...bangga tak.. akak letak nama ko..haha). Thanx for the song...i'm touched and as usual you're GOOD!!!! huhu~ Lepas ni ajar akak camne nak pluck sambil ketuk tu plak k...(lihat...saya jujur yang saya tidak sepandai adik saya....) haha~

Owwhhh.....'nak ajak dia tengok 127 hours'...pandai yea....
Aaahhhh!!! duit akak dah abis men kat Cosmo World...kte tengok cerita kat laptop je cukup...

Venue: Bilik's cinema
Time: 12.00 pm to 2.00 am
Seat: Side tido masing2

Dah cukup best dah tu kan...no popcorn..mee sedap je cukup~

Miss u all damn much~ Luv u <3

Saturday, February 5, 2011

Lirik Lagu Bawang Putih Bawang Merah 1959

Entri kali ni adalah berdasarkan permintaan kawanku, Diba yang nak lirik lagu bawang merah nyanyi kat buaian tu...
Dah alang2 tu aku bagi sume lirik lagu yang ada dalam cerita tu...
Kalau ada sesiapa yang nak tambah atau nak betulkan bagi tahu lah ye...
Disebabkan tak jumpa lirik ni kat mana2 atau aku yg tak jumpa cari sebenarnya...
So, aku dengar sendiri dalam cerita tu...
Maka, nyanyi lah korang yea...

Ibu Ikan Kaloi - nyanyian bawang Merah

Wahai perigi, perigi, airnya biru,
Tempat bermain..bermain pari dan mambang,
Mohon izinkan hamba merayu ibu,
Izinkan hamba merayu ibu,
Bagi penawar hatiku yang bimbang,
Wahai bonda ibu kandungku...

Wahai bondaku...bondaku si ikan kaloi,
Timbullah bonda oi..timbullah tunjukkan diri,
Nasi melukut dengan sayur keladi,
Nasi melukut sayur keladi,
Untuk bondaku di pagi hari,
Wahai bonda ibu kandungku...

Bunga Hutan
- nyanyian Anak Raja

Sungguh murni,
Bunga hutan...
' pastu sepatah pun aku tak dapat sebab mustapha maarof nyanyi x jelas'

Laju..laju... - nyanyian Bawang Merah



Pohon beringin tegaknya tinggi,
Kalau rendah menyapu bumi,
Penghibur aku,
Menolong aku,
Bertiuplah oh angin bayu,
Laju.. laju.. buaiku laju,
Akulah anak yatim piatu.
Laju...laju...
Buaiku laju...

Pohon beringin daunnya rendang,
Akar berjalur cecah ke bumi,
Hatiku ingin hidup gemilang,
Nasib malang suratan diri,
Hidup aku tidak beribu,
Akulah anak yatim piatu.

Pohon beringin tumbuh sendiri,
Tempat berayun menglipur lara,
Sungguhlah sudah ["ampun tuanku, titah tuanku sudah patik laksanakan" - pengawal dia b'cakap lak time nieh...] dibawa diri,
Tiada siapa yang kasih... [x dpt dengar lirik sebab anak raja jerit..."Petanada! ca...{ape ntah) perempuan ini! Perempuan kejam!!]
Laju...laju buaiku laju...

Bunga anggerik - nyanyian Bawang Merah dan dayang2nya..

Apa dipandang kepada anggerik,
Tumbuhnya liar di dalam hutan,
Mekar sehari besok binasa,
Sebelum layu sudahpun mati,

Bukan memandang cantik,
Pokok pangkalnya hati berkenan,
Kalau sesuai budi bahasa,
Sampai ke kubur bersatu hati,

*Bunga anggerik yang permai,
Memang molek dipakai,

Banyaklah bunga di dalam taman,
Apalah guna anggerik di desa,
Molek pun tidak, wangipun bukan,
Tidak sesuai untuk disunting,

Sungguhlah puan bunga idaman,
Indah kerana budi bahasa,
Bukanlah cantik ditengah pekan,
Cantik berbuai dihujung ranting,
Repeat *

Bunga berseri disinar malam,
Kumbang menari dengan cahaya,
Alam kekasih bunga dikarang,
Anggerik tak mungkin menukar ganti,

Sudah menjadi aturan alam,
Bunga penyeri taman bahgia,
Kumbang memilih bukan sebarang,
Anggerik di desa pujaan hati,

Bunga Anggerik di desa, indah budi bahasa.

Ok...cukup2...ni je yang termampu...
Penat kot play..pause..play..pause..
Nyanyilah korang ye~

Wednesday, February 2, 2011

Bawang Putih Bawang Merah 1959

Yeeaaaaah!!!!!!
Akhirnya dapat jugak aku men'download' cerita yang dah lama sangat aku nak tengok. Nak tunggu TV tayang entah bile-bile, nak beli CD asyik lupa je. Last-last, ambik timing best...ngadap internet berjam-jam...klik sana, klik sini...barulah dapat tempat nak download cerita ni.

Casts:
Latifah Omar - Bawang Merah
Umi Kalthum - Bawang Putih
Mustapha Maarof - Anak Raja
Siti Tg. Perak - Bonda Kundur (Emak Bawang Putih)
Aminah Yem - Bonda Labu (Emak Bawang Merah)

Cerita dia macam ni...

Tersebutlah alkisah...

Adanya dua beradik yang bernama bawang merah dan bawang putih...
Bawang Putih yang nakal amat suka menyakat Bawang Merah...


Ayah mereka meninggal dunia selepas terkena sengat ikan sembilang semasa memancing...


Bila ayah meraka dah tak ada, makin beranilah Mak Kundur dengan Putih mendera hidup Mak Labu dengan Merah...


Tak cukup-cukup dengan mendera, Mak Kundur bunuh Mak Labu dengan menolaknya ke dalam perigi...


Roh Mak Labu memberitahu perkara yang dah berlaku kepada anaknya....
Disebabkan jatuh ke dalam perigi maka ia bertukar menjadi ikan Kaloi...


Maka, merah pun pergilah melihat maknya merangkap ikan kaloi dan memberi makan nasi dengan sayur keladi (dia kata laa...)


Mak Kundur tak puas hati dengan Mak Labu yang masih hidup (walaupun dlm bentuk ikan)...Kira macam dendam tak sudah laa ni...maka ditangkap dan dibunuh ikan tersebut...


Ikan tersebut dibuat lauk dan dimakan termasuklah Bawang Merah... Bila Merah dapat tau ikan yang dah dimakan itu adalah maknya, maka dia pun carilah balik tulang ikan tersebut seperti yang telah disuruh oleh maknya (dalam bentuk suara yg bergema...ley bayang tak??)

Dalam bentuk suara yang bergema jugak, mak Labu menyuruh anaknya menanamkan tulang ikan tersebut di dalam hutan...

Ting!!! Mak Labu dah jadi pokok beringin pulak...siap ada buaian lagi...
Maka, Merah selalulah menyanyi dan berbuai kat buaian tu...Laju2....buaiku laju....

Haaa....itu dia putera idaman saya eh silap...anak raja sudah mari dengan bala tenteranya...hak3


Anak raja berehat lepas pergi berburu...
(I wonder nape mustapha maarof lahir awal sangat!!! Lahirlah tahun 1986 ke, 87 ke...x kisah la lapan bape pun, asalkan lapan...Adoyai....)


Anak Raja terdengar suara perempuan menyanyi (bawang merah la yang punya keje tu...)


Dato' Panglima (Mahmud June) dengan Pak Gendot (x tahu nama) disuruh cari empunya suara...sampai depan rumah dikejarnya budak tu...


Mak Kundur claim yang Bawang Putih lah empunya suara...
tapi kantoi sebab Bawang Putih tak boleh nyanyi pun...


Anak Raja sikit punya bengang lepas kena tipu...
Dato' Panglima janji cari perempuan yang betul sampai dapat...


Dapat akhirnya...hanya Bawang Merah menyanyi je yang dapat buat buaian tu bergerak...kenapa? Sebab pokok beringin tu kan mak dia...haha~


Anak Raja propose Bawang Merah...
Merah (dalam hati): Sikit punya hensem, bunga je ke...? huhu~


Dah propose...kahwin.... ^_^


Mak Kundur try nak kasi 'TIPS supaya suami sayang'


Tips 1: Miang Rebung...


Maka, tergaru-garulah anak raja tersebut... Anak Raja warning Bawang Merah supaya jangan dengar lagi cakap Mak Kundur...tapi...


Mak Kundur pakai ilmu hitam lak... Tips 2: Baling kapak kat suami...
(Perhatian: TIPS2 ini amat salah sama sekali, jangan nak memandai2 try!!)


Tepat sekali.... Aduh, sakit kot!!!


Lepas kena kapak, Bawang Merah siap tanya lagi, "Kanda sayang Dinda tak"
Disebabkan soalan tu, tak pasal2 Bawang Merah kena penampar dengan suaminya.
Lepas kena tampar barulah Bawang Merah tersedar dari hypnotise Mak Kundur...


Bawang Merah dijatuhkan hukuman sula sebab cuba mencederakan Anak Raja...


Hah...yang ni makin terserlah ke'dongengan'nya...kira berlaku bencana alam yang kononnya untuk membela orang yang tak bersalah...


Dayang mengadu Mak Kundur yang ajar Bawang Merah buat semua benda tu...


Anak Raja dengan bengis dalam kehensemannya mengarahkan Dato' Panglima tangkap mak Kundur...


Ting...hilang!!!


Mak Labu merangkap pokok beringin, mengambil balik anaknya daripada dianiaya...


Mak Labu ditangkap dan dijatuhkan hukuman sebat...zasss...huhu~


Bawang Merah merayu agar suaminya melepaskan mak Labu...

Part ni sweet...uhuhu~ Anak Raja usha balik isteri dia...alala~

And they live hapilly ever after....

Tamat~

Sekian, inilah antara cerita Melayu lama yang aku sangat suka. Banyak lagi yang lain tapi cerita ni spesel sikit sebab hero dia hensem...hak3~
Ok, kepada sesiapa lepas baca entri ni tertarik lak nak tengok cerita dia....download lah kat sini

Monday, January 31, 2011

Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @ Najib Razak

KRISIS di Mesir....
Aku rasa tak perlu nak cerita apa krisisnya sebab dah banyak berita tentang krisis ni kalau taip kat "Google" tu tapi aku rasa lebih terpanggil untuk menjadi penyebar tentang nasib atau keadaan sebenar pelajar Malaysia kat sana. Kalau semua tengok berita malam tadi, mesti dah tau macam mana keadaan kat sana. Tapi setakat yang aku tengok malam tadi kat TV, keadaan nampak ok dan tak teruk sangat tapi bila aku baca update pagi ni...takutnya!!!

Aku terpanggil untuk tulis entri ini selepas baca entri dari blog.ariff "Krisis di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @ Najib Razak". Kalau nak tahu status diorang buat masa ni, sila rujuk link yang aku dapat dari blog.ariff ni: Krisis Mesir, nasib pelajar kita

Aku tak pasti sama ada semua kawan-kawan aku kat sana dah balik Malaysia atau belum tapi kalau belum...frankly said...aku sangat-sangat takut! Aku still try dapatkan respon diorang dari Facebook walaupun aku tahu sistem komunikasi kat beberapa tempat kat sana, termasuklah internet, telefon dan segala jenis perhubungan terputus. Kalau diorang reply, ok lah sebab dah ada kat Malaysia. Tapi masalahnya seorang pun tak reply lagi...

So, apa yang aku harap supaya kerajaan Malaysia tolonglah bawak diorang balik, SEMUA sekali. Mungkin usaha mengeluarkan mereka dari negara tu sudah dimulakan sedikit demi sedikit tapi diharapkan proses tu dilakukan dengan lebih cepat. Tindakan mengumpulkan pelajar-pelajar Malaysia atau dari negara-negara lain yang perempuan terutamanya dalam satu bangunan yang dikawal contohnya alex kumpulkan student dalam bangunan Mara n kat mansoura diorang letakkan penjaga lelaki di lorong-lorong memang merupakan tindakan yang sangat wajar tapi usaha untuk bawa mereka balik ke Malaysia haruslah terus diberi keutamaaan. Sebab, polis diorang pun dah tak boleh nak buat apa-apa kalau sebilangan besar banduan-banduan mereka terlepas. Kejadian membakar bangunan pun semakin menjadi-jadi, kalau communication system ada pun tapi bekalan top up untuk handphone takde, kalau ada ada kredit pun tapi kalau bateri habis pun tak boleh nak charge sebab bekalan elektrik takde. So, tentu semua pun sangat-sangat faham apa yang famili diorang kat Malaysia ni tengah rasa sekarang ni...

So, kepada sesiapa yang membaca post ni, marilah kita sama-sama berdoa agar semua student-student Malaysia kat sana selamat dan berdasarkan blog.ariff, sesiapa yang ada twitter maybe korang boleh buat apa yang dia sarankan ni:

"Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care."

Gambaran situasi kat sana:







* sumber gambar: google images

Sunday, January 23, 2011

Serious!!! Saya penat tergelak...

Petang tadi adalah antara sejarah tergelak yang paling banyak yang telah aku cipta. Dari start rehlah sampailah habis. Efeknye....sakit kepala sampai sekarang...nice~

Tapi apa-apa pun credits to rina and of course keseluruhan team AJK Sosial dan Aktiviti sebab dah buat aktiviti yang superb untuk kitorang...
tak lupa buat semua kawan-kawan yang memang sporting buat perangai gila sampai tak cukup nafas aku gelak...ye terima kasih...
yang aku salute...Afnan yang sanggup turun walaupun busy...aku tabik orang macam ko..best2..
n tak lupa kepada sya n kimah yang tak dapat ikut sama sebab ada program...xpe2 len kali kita buat lagi k...^_^

Bermula seawal jam 7 pagi ktorang yang perempuan dah start buat sandwich dengan air teh ntuk bekalan masa rehlah, banyak ktorang buat supaya cukup untuk semua especially yang lelaki yang konfem2 datang tanya pasal makan je dulu...

K, pendek cerita aktiviti ni ktorang buat kat astaka institut. Program mula dengan main game padang...
Main baling selipar, nyorok-nyorok dengan 'Iceberg'. Tak cukup-cukup main masa kecik-kecik dulu, masing-masing tak ingat dunia main lagi tadi. Semua tak sedar dah besar. Tapi honesly cuba bagi tahu siapa yang rasa dia dah matured sangat kata main benda ni macam budak kecik. Tipu besar lah kalau kata tak best...hak3

Permainan bermula~

Pengisytiharan 'monster2' secara rasmi~

Sakit perut tergelak dengan perangai gila bila diorang ni....
yang baling selipar tak kena-kena..
yang tak cukup2 tanah bila kena kejar..
yang tak sempat nak nyorok dah kena tangkap..
yang main permainan budak2 pun nak pasang strategi perang..
yang naik 'Iceberg' tak nak turun2..
yang monster tak pernah nye nak kenyang2..
yang bila kena kejar, penguin yang sepatutnya comel pun boleh ngeri..

Hahahaha!!!!...Adeh..sakit perut...
Dah tu bila time makan lak..senyap sunyi...macam malaikat lalu..
Bila perut lapar...sandwich, kerepek pisang dengan air teh pun jadi..
Tangan masing2 laju je...sampaikan ada yang menyarap punya laparnya...
Bukti?

Haa..kan dah cakap dah...

Makan..makan..makan..borak..borak..borak..

Lepas makan, tak cukup2 main...ktorang main pulak game "Baby, do you love me?", "Panjang pendek", "Silent Killer" dengan " Buaya-Biawak".

Hey you...don't judge a game by its name tau...kalau dah main..tau laa tahap bestnye macam mane...silap2 hilang suara sebab gelak..

Sudah2!! Kne cap gay kang payah....

Ya...permainan ini memerlukan kekuatan minda..

Mana tak gelak kaw2 punya bila...
yang sepatutnya "Baby, do you love me" jadi "Baby, I love you"..
yang keluarkan vocab lak tahap kamus dewan..
yang banyak menghasilkan spesis baru..biawe lah, buawak lah, biawayak lah..
scientist pun give up dengar spesies2 tu...

n of course yang paling banyak dapat "Langsi of the day"...
mane tak nye kalau bila suruh ambik surat khabar, dia ambik benda lain...
dia yang tak sepatutnya jadi "pembunuh" nak jugak jadi "pembunuh"...adoi...hak3

tu sume lah yang buat aku sakit kepala sampai sekarang...

N tak ketinggalan...aktiviti wajib bagi setiap program...











btw...thanx guys...i've had so much fun today...sayang korang~
Related Posts with Thumbnails