Pages

Sunday, February 14, 2010

Lagu-lagu Sekolahku


Masa menyanyi lagu institut dekat dewan darul makmur hari tu, tiba-tiba teringat pulak kat lagu-lagu sekolah dan tempat belajar yang aku pernah pergi dulu. Kalau masa sekolah rendah dulu, datang aje sekolah, gi letak beg, duduk kat tapak perhimpunan tunggu perhimpunan 'start', kalau ada masa lagi main ting-ting dengan lompat getah dulu. Bila perhimpunan 'start'...hmm masa tu barulah mula nyanyi lagu sekolah. Ada yang betul-betul nyanyi (sampai lari pitching), ada yang miming dan ada jugak yang buat dek aje [ni memang saja nak tambah kerja cikgu disiplin].

Itu dulu, bila masa aku menganggap lagu sekolah sebagai lagu yang dipaksa nyanyi setiap pagi perhimpunan. Tapi bila dah besar-besar ni seronok pulak rasanya bila dapat nyanyi balik lagu-lagu sekolah ni. Lebih-lebih lagi bila tak ada lirik yang kantoi atau 'off-key'.

Lagu Sekolah Kebangsaan Senawang
Aku bersekolah kat sekolah ni masa aku darjah satu sampai darjah dua je, lepas tu aku pindah sekolah. Masa tu nama kelas sekolah guna nama warna. Aku darjah 1 Coklat (1996) dan darjah 2 Coklat (1997). Lagu sekolah dia macam nie:


Berdiri megah indah

Sekolahku tercinta

Ilmu murni dicurah

Pada kami semua
Kau tak mengenal jemu
Tiap waktu dan masa
Mendidik agar maju

Harapan ibu bapa
Wahai guru budiman

Kau takkan dilupakan

Tunjuk ajarmu, ku abadikan

Jujur serta amanah
Dan ikhlas diperjuang
Kami murid Sekolah Kebangsaan Senawang.



Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar

Semasa di sekolah ni, aku belajar dari darjah 3 sampai darjah 4 jer. Lepas tu pindah lagi. Tapi masa aku belajar kat sekolah ni, lagu sekolah tak ada lagi sebab sekolah ni sekolah baru masa tu. Kebanjiran murid kat Sekolah Kebangsaan Senawang membuatkan kami yang tinggal di taman perumahan Taman Tuanku Jaafar kena berpindah ke sekolah baru.


Sekolah Kebangsaan Ampangan

Aku bersekolah kat sekolah ni masa aku darjah 5 ngan darjah 6. 5 Al-Abdari ngan 6 Ibn-Khaldun. Lagu sekolah dia lak camni:


di bawah satu bumbung mulia
sekolah ampangan
kami dididik setiap masa penuh dengan pengalaman
1895 mula tarikh wujudnya
berbakti kepada anak bangsa

menuju ke gerbang jaya

kawan kawan mesti sedia

marilah kita berusaha

supaya mencapai cita-cita
menjadi rakyat berjasa

kami sentiasa bersiap sedia
ikut didikan berjasa

kami tetap mengenang budinya
kerana pasti akan berjaya


SMKA Sheikh Haji Mohd Said
Lepas tu, bila masuk sekolah menengah, aku besekolah di SMKA Sheikh Haji Mohd Said. Terus jer dari tingkatan satu sampai tingkatan lima, tak de pindah-pindah lagi dah. Lagu sekolah Shams:

SMKA SHAMS tercinta

Mendukung cita-cita

Dunia dan Akhirat Tuntutan Hidup

Namamu Unggul di Persada Negara

Bawah Naungan Ibu Pertiwi

Guru Kami Hormati

Ikhlas Mendidik Tanpa Rasa Jemu

Kami Bersyukur Kepada Ilahi

Wahai Guru, Ayah dan Ibu

Doakan Kami Agar Menjadi

Anak Yang Baik Mendengar Kata

Cemerlang di Dunia Sejahtera di Akhirat

SMKA SHAMS tercinta

Mendukung cita-cita

Dunia dan Akhirat Tuntutan Hidup

Namamu Unggul di Persada Negara

Namamu Unggul di Persada Negara


Lagu Matrikulasi Negeri Sembilan
Lepas sekolah menengah, aku masuk matrik. Lagu matrik adalah antara lagu tempat belajar yang best bagi aku. Muzik dia best, rasa cam nak menari jer(over sgt dah tu). Lagu matrik:

Disini wajahmu nan megah
Lahir generasi berilmu
Berfikiran positif
Berkemahiran
Menjana Kejayaan
Tingkatkan nilai modal insan
Sahsiah mulia
Berketrampilan
Harmoni dan seiringan
Kita Menjana Nilai Dan Skor
Dunia penuh cabaran
Kami sasar wawasan
Maju...
KMNS...
Gemilang terus terbilang

IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan
Lepas matrik lak, aku masuk kat Institut Pedidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Kat sini agak banyak lagu yang nak kena nyanyi sebab ada lagu 'Kami Guru Malaysia', Lagu Institut, dengan Lagu IPG.


KAMI GURU MALAYSIA

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

LAGU IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

Dari bumi pahang darul makmur
Kami penuntut berikrar
Mendidik membimbing penuh usaha
Membina negara jaya

Tetap mengamal rukun negara
Agar hidup kita bahagia
Bersatu pasti akan berjaya
Untuk nusa juga bangsa

Dengan semangat waja kami terus berjuang
Rela kami berkorban itu sumpah tercipta

Berilmu tinggi penuh didada
Berakhlak mulia sempurna
Beramal bakti hidup berjasa
IPTAA berjaya

LAGU IPG

Institut Pendidikan Guru
Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika kerja
Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasi
Bangsa Negara tercinta

Berwibawa berintegriti
Keunggulan peribadi
Berteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa

Kami bangga menjadi guru
Kerjaya dihormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati nan budi

IPG Malaysia berikrar
Membentuk guru berkualiti
Penyayang berakhlak mulia
Mendokong misi visi IPG

Itulah antara lagu yang aku perlu hafal sepanjang menjadi seorang pelajar. Antara lagu yang paling aku suka ialah Lagu Sekolah Kebangsaan Senawang, Lagu Matrikulasi dengan Lagu IPG.Aku harap aku sendiri tak lupa semua lagu ni sampai bila-bila... huhu~~~ ;)

2 comments:

tintasensei said...

x de musik lah nak nyanyi,
x pandai.......

Nur Adilah said...

huhu~...belasah lh gne apa-apa muzik yang asma rasa sesuai...muzik negaraku ke, muzik lagu ais kacang ke..mesti match nyerrr lah!!! huhu~ XD

Related Posts with Thumbnails