Pages

Sunday, July 11, 2010

ISL : Nyatakan perkaitan antara sotong dengan World Cup.

Entri kali ni pasal bola lagi. Walaupun team aku kecundang nak masuk final tapi takpe sebab dah dapat no. 3 dah pun. Boleh la tu...

Kali ni nak cakap pasal sotong. Apa kaitan sotong dengan world cup?? Hehe...semua orang tahu pasal sotong ni. Cuma aku je yang lambat tahu pasal sotong ni. Ini bermakna aku tak cukup cakna...btw credits to my friend Adibah yang bagi tahu aku pasal ramalan sotong yang bernama Paul ni. Mula-mula aku dengar, dah macam kucing pulak aku rasa sotong ni sebab siap ada nama lagi. Selama aku hidup tak pernah pulak aku dengar sotong ada nama selain daripada sambal sotong, sotong sumbat, sotong goreng tepung atau sotong masak asam pedas. ^_^

Apa-apa pun haiwan berkaki lapan ini terkenal dengan ramalannya dalam memilih pemenang bagi setiap perlawanan bola sepak. Lebih-lebih lagi tengah musim world cup ni ha...Lagilah femes en. sotong tersebut. Mengikut En. Wikipedia (kalau korang perasan wikipedia sendiri yang meng'encik'kan dirinya ~ cuba tengok kat bahagian URL - http://en.wikipedia.org/wiki/...)hahaha..betul tak..betul tak... Paul the Sotong telah meneka dengan betul 4 daripada 6 game yang Germany main. Kira terer jugak sotong ni meneka. Paul dah teka dengan betul masa Germany lawan Argentina, Germany lawan Sepanyol dan banyak lagi game lain. Dengan betulnya tekaan-tekaan tersebut, bertambah popularlah ia.

Setelah aku google 'Paul the Octopus' ni, baru aku tahu yang sotong ni sebenarnya lahir kat Weymouth, England tapi sekarang menetap di Sea Life Center kat Oberhausen, Germany. Kira dia bukan anak jati Germany la sotong ni. Mesti penduduk England panas jer hari tu kan bila sotong kelahiran England tu pilih Germany untuk menang game Germany lawan England dan memang Germany menang pun masa tu. "The octopus are really forget his land" (lupa daratan sungguh sotong ini), kata penduduk England. Tapi nak buat macam mana kan, dah duduk kat negara Jerman. Karang kalau tak pilih Jerman kang, kena buat sotong goreng lak kang. Itupun masa pilih Sepanyol hari tu pun, takut-takut berani jer tu. Nasib baik hidup lagi sotong tu sampai sekarang.

Dah alang-alang nak final dah pukul 2.30 pagi ni, jom kita tengok apa yang Paul the Sotong teka. Belanda ke Sepanyol...

video

Owh...nampaknya berita sedih buat penyokong-penyokong Belanda. Especially to Mr. Syauqi...Maaf sotong ni tak geng dengan ko. Hahahaha....

Ok dah stop...stop!!!! Tolong jangan percaya. Semua ni kan ramalan jer. Mana boleh percaya. Allah kan tak kasi kita percaya ramalan-ramalan ni. Semua tu berlaku secara kebetulan je. Allah tak kasi kita percaya ramalan-ramalan ni sebab, Dia tak nak kita terlibat dengan benda-benda haram macam judi ke apa ke. Kalau ramalan tak betul, kan dah rugi sploh ringgit ke, ribu-ribu ringgit ke. Itu tandanya Allah sayang kat kita. So, jangan percaya k. Tapi jangan lak pergi serang TV3 sebab siar ramalan cuaca. Walaupun tak boleh percaya nak seratus peratus gak, tapi ramalan tu untuk langkah berjaga-jaga je. Kot-kot ada yang nak pergi Giant ke, mana ke. Kalau TV3 ramalkan hujan di sebelah petang kat area Seremban maka bawaklah payung. Kalau tak ready dengan payung kang, konfem kuyup. Tak ke naya.

Sebagai langkah apa...???

Berjaga-jaga...
(pandai anak-anak murid cikgu...)

Tapi sotong tu memang tak ada unsur langkah berjaga-jaga. Maka janganlah percaya....

P/s: ISL adalah singkatan kepada Independent Self Learning. Ia adalah merupakan sejenis tugasan persendirian bagi pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia. Selain ISL kami ada;
PCK: Bukan Phua Chu Kang tapi...Pedagogical Content Knowledge
WBS: Waktu Belajar Sendiri...(bukan gi balik bilik yea...)
dan banyak lagi...(tanyalah student IPG untuk penerangan yang lebih lanjut)

2 comments:

syazwa said...

owh sotong...idop spain.! hehe

Nur Adilah said...

aik dr jerman ke spain, wani??? huhu~

Related Posts with Thumbnails