Pages

Showing posts with label pengalaman. Show all posts
Showing posts with label pengalaman. Show all posts

Tuesday, June 22, 2010

Comuter: Ladies Only at All Times ~ Hmmm....

Setiap kali aku balik ke maktab or maktab ke rumah, aku wajib menggunakan semua pengangkutan ni:

Prebet - Bas Transnasional - LRT (Titiwangsa - Bandar Tasik Selatan [BTS])- Komuter (BTS - Seremban) - Kereta ayah... Kalau sangkut salah satu....tak sampai rumah lah aku jawabnya...huhu~ :)

Dan dalam banyak-banyak pengangkutan tu, naik komuterlah yang paling sakit sekali. Sebabnya:

~ jarak masa antara satu komuter dengan satu komuter lagi biasanya setengah jam... (bayangkan jelah kalau korang baru lepas naik bas selama 3 jam + lrt setengah jam - dan baru je terlepas satu komuter dan kewujudan potensi next comuter to be delayed [pengalaman lepas]...xke separuh mati rasanya..uhuhu~

~ KOMUTER SARDIN - lagi2 bila timing sampai dekat komuter bile time orang kerja office baru balik kerja 5-7pm: bayangkan korang memang terpaksa akan sampai kat stesen komuter pukul 6 plus2...2-3 komuter terpaksa dilepaskan dengan rela...

~ Skil merebut, menghimpit dan dihimpit - skil yang harus dimiliki untuk survive...lagi2 bila komuter lalu kat bangi, ukm dan serdang n budak2 universiti pun cuti jugak: Bila fikir2 balik....Ya Allah, ampunkanlah dosaku...

Walaupun terseksa jiwa dan raga, setelah 2 tahun lebih - aku dah lali ~ kira...alah bisa tegal biasa..huhu~

Sehinggalah...Ladies Coach Available!!!



Seronok dan best sebab selesa, tak padat dengan orang sangat, ada potensi dapat seat dan tak tambah dosa :) Sangat seronok!!!
Tapi yang tak berapa best, ada pulak lelaki yang masuk coach ni. Tak kisah kalau dia tersilap masuk n tukar coach selepas tu kat stesen seterusnya. Waaa...sangat gentleman!!!
Yang geramnya bila dia masuk dengan girlfriend n pastu buat2 tak tahu yang coach tu coach perempuan. Kalau nak sangat sama-sama dengan girlfriend, duduklah kat coach yang bukan untuk perempuan je. Dan ada jugak yang bukan dengan girlfriend pun tapi saja je nak masuk, walaupun dah kena marah dengan polis yang jaga KL Sentral tapi dia boleh buat2 tak tahu n siap geleng kepala lagi...pelik2..dia tak rasa malu ke ek?? Kalau nak masuk sangat lain kali pakai tudung k...tak ada siapa nak marah ~ risiko: nanti orang kata gila...huhu~

Tapi bila fikir-fikir balik, kesian pulak bila time2 peak hour...komuter dah lah memang sedia sardin..tp orang2 perempuan masih boleh selesa sikit...tak adil pulak rasanya...
Better perempuan pun tak boleh masuk coach lelaki...jd kurang sempit skit coach tu...
n ada coach family untuk married couple dan yang ada anak..rasa lagi ok kowt...huhu~

Apa-apa pun semua benda kat dunia ada pro n contras nya yang tersendiri, so tak boleh nak kata benda tu baik atau tak baik..cuma kita boleh mencuba yang terbaik..hmmm.... :)

Tuesday, June 1, 2010

Sindrom Cashier & Salesgirl Malaysia

'Sindrom Cashier & Salesgirl Malaysia'....

Bunyi macam penyakit je....hmmm memang penyakit pun.... Penyakit yang melanda majoriti cashier-cashier perempuan Melayu yang ada kat Malaysia ni. Sorry to say...bunyi memang macam kasar dan memang kasar pun sebab semua orang pun tahu, pokok takkan goyang kalau tak ada angin. Tapi awal-awal cakap, aku tak bermaksud semua cashier perempuan yang ada kat Malaysia ni berpenyakit macam ni, cuma segelintir je. Ada je yang baik dan sangat mesra tapi yang segelintir nilah yang buat hati aku panas.

Aku rasa ada je yang pernah kene apa yang aku dah terkena. Kalau setakat sekali terkena tu tak apalah. Tak kisah pun. Tapi kalau dah beberapa kali terkena, tak ke aku yakin sindron ni memang betul-betul wujud. Yang paling aku sedih dan pelik, semuanya berbangsa Melayu dan perempuan. Seolah-olah diorang ni macam ada sejenis penyakit yang sama bila bekerja sebagai cashier atau salesgirl. Berlagak bagus, jawab pun nak taknak, nada suara sinis giler, orang tanya baik-baik - dia jawab benda-benda yang menyakitkan hati. Memang tak teringat kalau nak cerita balik semua perkara-perkara yang pernah berlaku tapi pandai-pandailah fikir sendiri, wujudnya pekerjaan cashier dengan salegirl tu pun sebab adanya customer. Tapi kalau dengan customer pun buat hal, apa tujuan pilih kerja tu. Pergilah pilih pekerjaan yang bekerja dengan mesin kalau tak boleh nak bekerja dengan orang.

Tak terniat pun nak menyentuh perasaan siapa-siapa yang pernah bekerja sebagai cashier atau salesgirl ni. Tapi sebagai customer, kitorang pun manusia yang ada perasaan jugak. Bukan heroin cerita tv yang sentiasa bersabar dengan perkara-perkara yang menyakitkan hati dari mula sampai ke penghujungnya. Jadi tolonglah, tak luak apa-apa pun kalau korang senyum. Tak rugi apa-apa pun kalau korang cakap baik-baik. Dah tentu kita perempuan dan Melayu pulak tu. Terkenal dengan adat dan budi bahasa. Serius aku cakap, tak rugi apa-apa pun kalau jadi baik.

Kesimpulannya, (dah macam karangan lak aku rasa...) jadilah cashier dan salegirl yang baik...huhu~

*Aku sangat suka dengan ada seorang akak cashier kat Giant Senawang, suara dia lembut dan cara dia cakap macam cakap dengan pakwe. Untung dia, Allah bagi dia suara macam tu...huhu~ (hehe...aku pun bersyukur jugak dengan suara aku...tak lembut pun takpe asalkan ada suara huhu~)



Currently, pergi Jusco Seremban 2 dengan Ayuni n Adlina. Sempat je ambik gambar time tengah beratur masa nak beli Cornetto McFlurry kat McD. Akak kaunter aiskrim tu??? Ok je...cemerlang, gemilang dan terbilang...huhu~
Related Posts with Thumbnails