Pages

Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Wednesday, June 23, 2010

Chocolate Cornetto McFlurry

Baru je makan Cornetto McFlurry edisi coklat dibeli khas dari McD Dataran Senawang. Sangat SEDAP!!!! Kalau saya kaya...saya nak letak kaunter Ice Cream McD dalam rumah, boleh makan setiap kali lepas makan nasik...hahaha!!!!

Jadi sesiapa yang rasa dia baik silalah belanja saya... ^_^

Chocolate Cornetto McFlurry edisi belum kacau... ^_^

Air liur anda melelah...sila lap sekarang!!! huhu~

Tuesday, June 22, 2010

Comuter: Ladies Only at All Times ~ Hmmm....

Setiap kali aku balik ke maktab or maktab ke rumah, aku wajib menggunakan semua pengangkutan ni:

Prebet - Bas Transnasional - LRT (Titiwangsa - Bandar Tasik Selatan [BTS])- Komuter (BTS - Seremban) - Kereta ayah... Kalau sangkut salah satu....tak sampai rumah lah aku jawabnya...huhu~ :)

Dan dalam banyak-banyak pengangkutan tu, naik komuterlah yang paling sakit sekali. Sebabnya:

~ jarak masa antara satu komuter dengan satu komuter lagi biasanya setengah jam... (bayangkan jelah kalau korang baru lepas naik bas selama 3 jam + lrt setengah jam - dan baru je terlepas satu komuter dan kewujudan potensi next comuter to be delayed [pengalaman lepas]...xke separuh mati rasanya..uhuhu~

~ KOMUTER SARDIN - lagi2 bila timing sampai dekat komuter bile time orang kerja office baru balik kerja 5-7pm: bayangkan korang memang terpaksa akan sampai kat stesen komuter pukul 6 plus2...2-3 komuter terpaksa dilepaskan dengan rela...

~ Skil merebut, menghimpit dan dihimpit - skil yang harus dimiliki untuk survive...lagi2 bila komuter lalu kat bangi, ukm dan serdang n budak2 universiti pun cuti jugak: Bila fikir2 balik....Ya Allah, ampunkanlah dosaku...

Walaupun terseksa jiwa dan raga, setelah 2 tahun lebih - aku dah lali ~ kira...alah bisa tegal biasa..huhu~

Sehinggalah...Ladies Coach Available!!!



Seronok dan best sebab selesa, tak padat dengan orang sangat, ada potensi dapat seat dan tak tambah dosa :) Sangat seronok!!!
Tapi yang tak berapa best, ada pulak lelaki yang masuk coach ni. Tak kisah kalau dia tersilap masuk n tukar coach selepas tu kat stesen seterusnya. Waaa...sangat gentleman!!!
Yang geramnya bila dia masuk dengan girlfriend n pastu buat2 tak tahu yang coach tu coach perempuan. Kalau nak sangat sama-sama dengan girlfriend, duduklah kat coach yang bukan untuk perempuan je. Dan ada jugak yang bukan dengan girlfriend pun tapi saja je nak masuk, walaupun dah kena marah dengan polis yang jaga KL Sentral tapi dia boleh buat2 tak tahu n siap geleng kepala lagi...pelik2..dia tak rasa malu ke ek?? Kalau nak masuk sangat lain kali pakai tudung k...tak ada siapa nak marah ~ risiko: nanti orang kata gila...huhu~

Tapi bila fikir-fikir balik, kesian pulak bila time2 peak hour...komuter dah lah memang sedia sardin..tp orang2 perempuan masih boleh selesa sikit...tak adil pulak rasanya...
Better perempuan pun tak boleh masuk coach lelaki...jd kurang sempit skit coach tu...
n ada coach family untuk married couple dan yang ada anak..rasa lagi ok kowt...huhu~

Apa-apa pun semua benda kat dunia ada pro n contras nya yang tersendiri, so tak boleh nak kata benda tu baik atau tak baik..cuma kita boleh mencuba yang terbaik..hmmm.... :)

Monday, June 21, 2010

Father's Day at Pizza Hut

Happy Father's Day buat semua lelaki yang bergelar ayah dan especially buat ayahku tersayang, En. Mohd Paiz b. Md Said...SAYANG AYAH!!!

Kalau dulu setiap kali father's day, mother's day atau birthday ayah dengan mak, kitorang (aku, ayuni dengan adlina) selalu bincang-bincang nak beli apa, kumpul duit belanja sekolah lepas tu pura-pura mintak nak pergi Giant konon ada barang keperluan sekolah nak kena beli padahal nak beli hadiah (sebab kitorang tak pandai drive kowt..huhu~) Lepas tu bila dah beli, kena fikir pulak cara-cara sorokkan hadiah masuk dalam kereta...thrilling gila tapi itu yang seronok...perasaan cemas tu yang seronok...huhu~

Tapi sekarang kitorang dah tak boleh nak buat macam tu sebab mak dengan ayah dah bertambah terer dalam meneka. Konfem kantoi...hehe that's why kitorang ambil keputusan untuk straight forward je. Kitorang just tanya,"Ayah, tak lama lagi Father's Day, ayah nak makan kat mana, kitorang belanja..huhu~ :)
Macam biasa setiap kali kitorang wish, ayah atau mak mesti dengan gelak-gelak comel dan malu-malu...COMEL!!!! huhu~

Jadi, kami pun pergi ke Pizza Hut!!

Menu biasa:
1 large super supreme
1 personal hawaiian tuna
2 garlic bread
1 nmineral water (sbb mak xnak air pepsi..huhu~)
1 jug of Pepsi = kenyang.

Ayah sangat suka dengan nenas, maka kami memberi semua nenas dalam pizza kepada ayah sebab kami tak berapa suka hihihi~ (Tp saya kutip mushroom...sedap...huhu~)
Mak pulak suka makan salad...(Saya??? Huhu...biarlah rahsia...)

As always, picture time!!!

Ayuni dengan ayah


Huhu~ saya dengan emak :)


Adlina dengan kakaknya yang comel..huhu~


Kesimpulannya: kami kenyang dan gembira!!!
P/s walaupun mula-mulanya aku nak belanja tapi last2 ayah suruh bayar separuh je...lagi separuh ayah bayar..huhu~ ayah...ayah... :)

Tuesday, June 1, 2010

Sindrom Cashier & Salesgirl Malaysia

'Sindrom Cashier & Salesgirl Malaysia'....

Bunyi macam penyakit je....hmmm memang penyakit pun.... Penyakit yang melanda majoriti cashier-cashier perempuan Melayu yang ada kat Malaysia ni. Sorry to say...bunyi memang macam kasar dan memang kasar pun sebab semua orang pun tahu, pokok takkan goyang kalau tak ada angin. Tapi awal-awal cakap, aku tak bermaksud semua cashier perempuan yang ada kat Malaysia ni berpenyakit macam ni, cuma segelintir je. Ada je yang baik dan sangat mesra tapi yang segelintir nilah yang buat hati aku panas.

Aku rasa ada je yang pernah kene apa yang aku dah terkena. Kalau setakat sekali terkena tu tak apalah. Tak kisah pun. Tapi kalau dah beberapa kali terkena, tak ke aku yakin sindron ni memang betul-betul wujud. Yang paling aku sedih dan pelik, semuanya berbangsa Melayu dan perempuan. Seolah-olah diorang ni macam ada sejenis penyakit yang sama bila bekerja sebagai cashier atau salesgirl. Berlagak bagus, jawab pun nak taknak, nada suara sinis giler, orang tanya baik-baik - dia jawab benda-benda yang menyakitkan hati. Memang tak teringat kalau nak cerita balik semua perkara-perkara yang pernah berlaku tapi pandai-pandailah fikir sendiri, wujudnya pekerjaan cashier dengan salegirl tu pun sebab adanya customer. Tapi kalau dengan customer pun buat hal, apa tujuan pilih kerja tu. Pergilah pilih pekerjaan yang bekerja dengan mesin kalau tak boleh nak bekerja dengan orang.

Tak terniat pun nak menyentuh perasaan siapa-siapa yang pernah bekerja sebagai cashier atau salesgirl ni. Tapi sebagai customer, kitorang pun manusia yang ada perasaan jugak. Bukan heroin cerita tv yang sentiasa bersabar dengan perkara-perkara yang menyakitkan hati dari mula sampai ke penghujungnya. Jadi tolonglah, tak luak apa-apa pun kalau korang senyum. Tak rugi apa-apa pun kalau korang cakap baik-baik. Dah tentu kita perempuan dan Melayu pulak tu. Terkenal dengan adat dan budi bahasa. Serius aku cakap, tak rugi apa-apa pun kalau jadi baik.

Kesimpulannya, (dah macam karangan lak aku rasa...) jadilah cashier dan salegirl yang baik...huhu~

*Aku sangat suka dengan ada seorang akak cashier kat Giant Senawang, suara dia lembut dan cara dia cakap macam cakap dengan pakwe. Untung dia, Allah bagi dia suara macam tu...huhu~ (hehe...aku pun bersyukur jugak dengan suara aku...tak lembut pun takpe asalkan ada suara huhu~)



Currently, pergi Jusco Seremban 2 dengan Ayuni n Adlina. Sempat je ambik gambar time tengah beratur masa nak beli Cornetto McFlurry kat McD. Akak kaunter aiskrim tu??? Ok je...cemerlang, gemilang dan terbilang...huhu~

Sunday, May 30, 2010

Kenapa Buluh???




Bila sebut 'buluh', bagi orang Melayu, mesti ada yang terfikir hari raya...sebab hari raya ada lemang dan lemang mesti masak di dalam buluh. Dan mungkin juga ada antara kita yang terfikir meriam buluh sebab mungkin dia lebih banyak main meriam buluh dari tolong mak dia buat lemang....Hehehe....tak kisah lah asalkan kita pernah kenal apa itu buluh, pernah tengok buluh (walaupun dalam 'google' image ataupun dalam tv) dan apa-apa juga tentang buluh.

Tapi, kenapa aku bagi nama blog aku 'Buluh Betung'???

Selain tak kreatif dalam mencari nama blog yang 'canggih-manggih', aku rasa 'smart' juga kalau letak nama blog dengan nama tumbuhan yang sinonim kat negara kita. Lebih-lebih lagi tumbuhan ni amat sinonim dengan masyrakat Melayu, lebih-lebih lagi bila time raya. Satu lagi sebab aku nak jadikan buluh ni 'guideline' hidup aku. Aku nak jadi macam dia...Tapi itu bukanlah bermaksud yang aku dah tak nak jadi manusia dah...Gila apa!! Hahaha...tapi aku nak sifat-sifat yang ada kat dia..Aku nak jadi kuat...berpendirian teguh...tak mudah terpengaruh dengan persekitaran...tahan lasak...senang hidup...tak banyak ragam atau kerenah(alasan)...dan sebagainya...

Kita pun biasa dengar peribahasa "Melentur buluh biarlah dari rebungnya". Itu bermaksud bila dah jadi buluh, tak ada benda yang dapat ubah bentuk buluh tu lagi dah disebabkan keteguhan dan kekuatan dia. Disebabkan dah banyak perkara yang aku lalui sebelum-sebelum ni..aku nekad...aku nak jadi macam buluh...hihi~

Whatever it is, aku pernah baca yang buluh ni sebenarnya adalah tumbuhan botani dalam kategori rumput. Kalau dah namanya rumput, dah tentunya dia senang tumbuh dan tak banyak ragam. Buluh ni tak perlu air banyak, boleh tanam terus atas tanah tanpa pasu atau bekas, senang hidup dengan kata lain kat mana-mana pun dia boleh hidup.Buluh ialah pokok dari kawasan tropika, ada daun yang lebat berwarna hijau dan batang dia boleh hidup memanjang sehingga lebih 30 meter (jauh di sudut hati aku nak tinggi cam buluh gak...tapi for my age right now...I should just forget it...uhuhu~ T_T)

Kalau dari segi kegunaan dia lak, selain untuk buat lemang dengan meriam buluh...buluh pun boleh dibuat perabot, jambatan, rakit, pemegang pelita raya, penjolok buah rambutan, mahupun buat 'gadjet' masa ber'camping'. Teingat pulak masa BIG hari tu....tapi ktorang 'apply' aje gadjet yang dah siap. Dah siap...buat apa nak buat...kan..kan... :)

Selain tu, aku baru tahu buluh ni popular untuk digunakan untuk hias halaman rumah. Buluh ni akan ditanam dirumah-rumah yang nakkan halaman diorang berkonsepkan Zen, Jepun ataupun Cina. Buluh dikatakan tumbuhan halaman yang kontemporari atau tak lapuk dek zaman la kiro eh...walaupun buluh ni selalu dikenali dengan 'kayu miskin'. Entahlah, aku pun tak faham kenapa lak buluh terkenal dengan nama macam tu. Huhu~
Lagi satu, disebabkan buluh tumbuh memanjang, jadi dia tak perlu banyak ruang tanah untuk digunakan. So, rumah-rumah yang tanah dia kecik, bolehlah nak tanam buluh ni.
Lagipun, tempoh masa untuk buluh ni hidup pun tak lama...enam bulan jer...

Selain tu, 'baby' buluh = rebung, sangat sedap untuk dimakan. Lagi-lagi bila dimasak dengan ikan tenggiri masak lomak cili api. Cara aku makan lak, walaupun dah letak kuah dia kat nasi, aku tetap akan letak kicap manis HABHAL...pastu gaul-gaul....sodap eh!!!!

Overall...buluh memang best. That's why I put it as my blog's name. Banyak kelebihannya...ada keistimewaannya...so do I.... :)

Monday, April 26, 2010

Penawar Kasih

Dah lama aku tak post entri....
Entri kali ni, mungkin lebih beremosi daripada biasa...

Semalam, masa tengah layan lagu Jamal Abdillah (almaklumlah aku ni memang jenis yang oldies...huhu~), dengan ear phone yang bersumbat dalam telinga...tiba-tiba berkumandanglah lagu ni...
satu-satu bait lagu ni aku hayati...
satu-satu perkataan dalam lirik tu aku renungi...
aku sedih...
aku sebak...
aku nak balik sekarang jugak!!
aku nak peluk dia erat2...
aku tak nak lepas...
aku sayang dia....aku cinta dia...
dia lah segala-galanya..YA!...dialah segala-galanya...

Oleh itu, aku nak berkongsi lagu ni dengan korang semua...
aku dah biasa dengar..tapi baru-baru ni baru aku hayati sepenuhnya...
Dengarlah....hayatilah...dan hargailah...



Penawar Kasih - Jamal Abdillah

Lilin yang membakar diri
Yang sudi menerangi dan juga menemani
Di sebalik kabus wajah yang tersembunyi
Ada titis airmata yang membasahi
Engkau lindungi

Tabah walaupun diuji
Dengan rela hatimu menempuh segalanya
Apa yang engkau lakukan tiada paksaan
Atas rasa kasih sayang dan kejujuran
Itulah lambang jadi pedoman

Engkau seumpama air
Lembut dan tenang mengalir
Bisa mengalihkan gunung tetap berdiri
Malah engkau melembutkan hati
Yang dilanda duka dengan kata-kata
Andai hatiku retak seribu
Kau cantum kembali tanpa rasa jemu

Bagaimana untuk membalasnya
Memang tak terbalas budimu yang ikhlas
Hanya doa sebagai pengganti
Yang harum mewangi
Di persada hati
Duhai bonda


Mak.....
Walaupun akak tahu mak mungkin tak tahu URL blog akak ni...
Tapi, kat sini akak nak mak tahu yang akak sayang mak sangat2...
Sangat sayang sampai akak tak tahu apa yang boleh akak buat untuk buktikan kat mak yang akak sayang mak sangat2!!!
Betullah kata lirik tu...disebabkan akak tak tahu nak buat apa untuk buktikan yang akak sayang sangat kat mak, akak doa tiap2 hari untuk mak dan ayah agar dipanjangkan umur...diberikan kesihatan yang baik...sentiasa gembira dan bahagia...
Kalau boleh akak nak duduk dengan mak setiap masa....kalau akak tak kena merantau kat Pahang ni untuk belajar...akak nak duduk dengan mak setiap masa....borak ngan mak..makan ngan mak...semua benda nak buat ngan mak...ayah pun sama...
Akak sayang mak dan ayah sangat2!!!
Minggu ni akak balik....tak sabar nak jumpa mak ngan ayah....
Akak SAYANG mak dan ayah...




Akak SAYANG mak dan ayah...
Related Posts with Thumbnails