Kalau blogger ni macam business, dah confirm blog aku ni bungkus...haha~
Awal tahun 2012, hampir seminggu dalam semester 5, aku masih lagi meneruskan perjuangan aku dalam menimba ilmu sebagai seorang guru. Disebabkan baru je seminggu dalam semester 5, ini bermakna aku masih ada lebih kurang dua tahun lagi untuk habiskan pembelajaran secara formal aku dalam ijazah ni. Dua tahun 'JE' mungkin nampak sekejap, tapi macam-macam benda lagi aku kena tempuh. Pergh..ayat~
Secara jujurnya, aku bukanlah student yang pandai sangat, nak kata rajin pun tak jugak. Aku jugak sedar yang aku ni adalah seseorang yang mudah bosan dengan perkara yang berulang-ulang, atau 'rutin' dengan kata mudahnya. Jadi, kadang-kadang aku terfikir, dengan segala yang aku belajar selama 5 tahun setengah ni, boleh ke aku jadi cikgu yang baik untuk 35 tahun yang akan datang. Boleh ke aku constant buat benda yang sama 7 hari seminggu dalam masa 35 tahun tanpa henti. Kalau aku dapat jadi cikgu yang baik untuk 10 tahun yang pertama macam mana dengan nasib anak-anak murid aku untuk 25 tahun selepas tu. Agak banyak kali jugak persoalan-persoalan macam ni terpacul kat kepala ni. Tapi tiap-tiap kali tak pernah ada jawapan. Yelah kan, benda belum jadi, mana nak tau ye tak.
Aku pernah tanya soalan ni kat emak. Mak tak jawab panjang-panjang. Sebab penerangan mak tu dah cukup buat aku faham yang itulah sebenarnya adat berkerja dan hidup kat dunia ni. Setiap pekerjaan dah tentunya benda sama yang perlu dibuat setiap hari bagi seseoarang tu. Sebab logiknya, mana ada orang tukar kerja tiap-tiap hari. Itu orang yang bermasalah namanya. Cuma, kita tak akan bosan untuk teruskan kerja kita tu kalau kita ada matlamat. Matlamat tentang apa yang kita nak capai selepas kita dah capai matlamat yang sebelumya. Perkara ni akan berterusan sampailah habis waktu perkhidmatan kita. Jadi rasa bosan tu mungkin tak akan wujud.
Haha...sejak tu aku dah dapat gambaran sikit-sikit macam mana nak teruskan hidup agar sentiasa terisi. Tapi as usual, aku bukanlah jenis orang yang constant, mungkin aku taklah sentiasa bermatlamat tapi aku tahu apa aku nak buat untuk hadapi masalah ni nanti.
Aku berasa sangat bersyukur sebab mak tabah je nak melayan soalan aku yang pelik-pelik macam ni. Cekal je nak melayan aku yang suka ada masalah yang remeh temeh macam ni... Aku mungkin tak dapat nak jadi yang terbaik untuk mak dan ayah aku tapi aku akan usahakan sedaya upaya aku untuk sayang mak dan ayah aku seluruh hati aku....serius seluruh hati aku~ Dan itulah jugak doa aku pada Allah agar Dia tak akan pernah ubah rasa hati aku ni...aku tak tahu nak cakap macam mana..tapi yang penting aku tahu dan jelas dengan apa yang aku rasa... ^_^
Prestasi Unit Trust Ekuiti Malaysia 2023
10 months ago
No comments:
Post a Comment