Tiba-tiba aku rasa nak review balik cuti aku sebelum2 ni. Apa yang aku dah buat, yang berfaedah dan juga yang tidak berfaedah. Bila pikir2 balik, rasa macam nak ulang je cuti ni. Ulang balik pertengahan bulan 11. Ulang balik masa baru lepas habis exam final semester. Tapi dah sah-sah x boleh. So, that's why ada nye istilah 'flashback'.
Jadi, mari kita ber'flashback'....
shing...shing...shing....
Destinasi 1: Port Dickson
Matlamat: Piknik n jalan2 tepi laut SAHAJA.
Jalan-jalan je? Alaaa x feel... hep..hep...xpe2 layan je...
Walaupun x mandi pun kat PD tp tetap feel. Dengan berbekalkan sandwich emak sayang n segala macam twisties n keropok2 apa jadah~ kami kenyang. Nyum... ^_^
Lepas makan, adik ngan ayah feel men gitar. Yuni nyanyi. Mak, aku n abg jd penonton khas. Kekadang aku menyampuk mana2 lagu yg feel n kasi jerit2 skit. Gasak lah kan...xde sape dengar pon...huhu~ Next, ambik2 gmbr tepi laut then balik.
Destinasi 2: MAHA (Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show)
Matlamat: Of course jalan2 n shopping. ^_^
Sikit punya jam! Queue nak masuk entrance satu hal. Queue nak carik parking lagi satu hal. Total, hampir dua jam baru settle. Pergi pukul 10 lebih, sampai2 dah boleh Zohor n lunch dulu. Mmg 'best'! Cramp kaki duduk dalam kereta. Tapi, overall not bad n best lah jugak sebab satu family jalan sama2, main berhenti2 kat kedai yang best, pekena 'KopieSatu' tengah2 panas, beli kopok lekor dalam cawan polisterin yang cucuk pakai lidi, beli ubi keledek untuk sarapan esok pagi, dan tidak ketinggalan my mum's favourite, beli pokok untuk ditanam kat rumah nanti. Ia adalah pokok pudina. Saya amat suka pokok itu dan sentiasa mencium baunya dari start beli sampai balik rumah. Hak3
Destinasi 3: Jusco Seremban 2
Matlamat: Layan movie Harry Potter and the Deathly Hallows
Hang out dengan Kauthar. Movie start pukul 2 petang, sampai around pukul 11.30. Kami 'membunuh' masa dengan menghiburkan hati kami dengan bermain gendang jepun yang terletak di Hiburan Keluarga dalam Jusco. Haha~ credits to Ana sebab introduce game ni. Memang best main ketuk2 sambil ikut rentak lagu Doraemon. Record: aku dah pernah beat Ana n now Kauthar pulak dalam game ketuk mengetuk ni. Hehe...ada sesiapa nak challenge?? (Bajet giler, prasan PRO nieh). Aku turut menurunkan ilmu aku kepada adik n yuni dengan membeli dua lagi token khas untuk mereka. Result~ boley laa. ececeh...
Next, lunch kat McD, mengenyangkan diri dengan Spicy Chiken McDeluxe(ni ke nama nye, hmmm...lebih kurang laa.) n solat Zohor...HP, HP gak...solat x tggl tau..bgs2 anak sape lah nie... ^_^
N of course, HP time! Excited, tergelak, suspen, sedih, semangat n tak puas hati...(sbb of course "to be continued") - Ok. Balik.
Destinasi 4: Rumah Achik
Matlamat: Jaga Tokwan.
Ini adalah salah satu aktiviti cuti yang sgt memberi kesedaran n ilmu of course. Lately, tokwan sakit. Sebelum cuti lagi tokwan dah sakit. Masa mula2 dengar, aku amatlah tak percaya n sampai x nak percaya. Aku tak boleh nak bayang tokwan yang sihat wal'afiat boleh jadi macam tu. Tapi nak buat macam mana, takdir yang Allah dah tetapkan. Of course ada sebab Allah tentukan macam tu. Sama ada Allah nak kita sedar, tak leka or Allah nak kita belajar sesuatu. Memang banyak yang aku dah belajar bila kena jaga orang yang sakit. Mungkin aku tak perlu nak ceritakan kat sini but i've learn a lot.Btw, Tzariq dah makin besar n comel tp makin kuat nangis la plak....huhu~ ^_^
Destinasi 5: Rumah
Matlamat: Main gitar
Main jer. Tak tentu sedap pun. Tapi memang suka pada gitar dan berazam dan bermatlamat untuk melembutkan tangan dan menekan tali gitar dengan lebih ketat disamping tidak lembab dalam menukar not yang sememangnya 'kelebihan' aku sebelum ini. Senang cite...tak sangkut. Antara lagu yang agak boleh dicam bunyinye:
1. Babe - Styx,
2. Nothing's Gonna Change My Love For You - Glenn Medeiros,
3. Don't Wanna Miss a Thing - Aerosmith
4. More Than Words - Extreme
Tahap keberjayaan: Sila cuba lagi...ceh!
[No Pic Available] haha...
Main x best...xpayah gambar...
Main x best...xpayah gambar...
Destinasi 6: Port Dickson...LAGI!
Matlamat: Haha...kali ni best skit...boleh mandi laut.
Check in kat Tanjung Tuan Beach Resort. Tempat biasa selama 4 tahun. Dah rasa macam kampung halaman je. Mandi laut sambil saje kejar ombak supaya ia menghempas kat belakang badan. Sah, xde keje! Tapi janji... memang feel...sila cuba!
Gambar mandi laut...[Also not available].
Masuk enpon dalam laut kang...tau laa...
Masuk enpon dalam laut kang...tau laa...
Ok, itu sahaja yang ter'cerita' sebab banyak lagi yang tak ter'cerita'.Harap-harap masih diizinkan Allah untuk menikmati cuti yang seterusnya. Best thanx wishes to mak n ayah in everything for these holidays. I enjoy it and i'll be going to miss you for this upcoming semester.