Entri kali ni pasal bola lagi. Walaupun team aku kecundang nak masuk final tapi takpe sebab dah dapat no. 3 dah pun. Boleh la tu...
Kali ni nak cakap pasal sotong. Apa kaitan sotong dengan world cup?? Hehe...semua orang tahu pasal sotong ni. Cuma aku je yang lambat tahu pasal sotong ni. Ini bermakna aku tak cukup cakna...btw credits to my friend Adibah yang bagi tahu aku pasal ramalan sotong yang bernama Paul ni. Mula-mula aku dengar, dah macam kucing pulak aku rasa sotong ni sebab siap ada nama lagi. Selama aku hidup tak pernah pulak aku dengar sotong ada nama selain daripada sambal sotong, sotong sumbat, sotong goreng tepung atau sotong masak asam pedas. ^_^
Apa-apa pun haiwan berkaki lapan ini terkenal dengan ramalannya dalam memilih pemenang bagi setiap perlawanan bola sepak. Lebih-lebih lagi tengah musim world cup ni ha...Lagilah femes en. sotong tersebut. Mengikut En. Wikipedia (kalau korang perasan wikipedia sendiri yang meng'encik'kan dirinya ~ cuba tengok kat bahagian URL - http://en.wikipedia.org/wiki/...)hahaha..betul tak..betul tak... Paul the Sotong telah meneka dengan betul 4 daripada 6 game yang Germany main. Kira terer jugak sotong ni meneka. Paul dah teka dengan betul masa Germany lawan Argentina, Germany lawan Sepanyol dan banyak lagi game lain. Dengan betulnya tekaan-tekaan tersebut, bertambah popularlah ia.
Setelah aku google 'Paul the Octopus' ni, baru aku tahu yang sotong ni sebenarnya lahir kat Weymouth, England tapi sekarang menetap di Sea Life Center kat Oberhausen, Germany. Kira dia bukan anak jati Germany la sotong ni. Mesti penduduk England panas jer hari tu kan bila sotong kelahiran England tu pilih Germany untuk menang game Germany lawan England dan memang Germany menang pun masa tu. "The octopus are really forget his land" (lupa daratan sungguh sotong ini), kata penduduk England. Tapi nak buat macam mana kan, dah duduk kat negara Jerman. Karang kalau tak pilih Jerman kang, kena buat sotong goreng lak kang. Itupun masa pilih Sepanyol hari tu pun, takut-takut berani jer tu. Nasib baik hidup lagi sotong tu sampai sekarang.
Dah alang-alang nak final dah pukul 2.30 pagi ni, jom kita tengok apa yang Paul the Sotong teka. Belanda ke Sepanyol...
Owh...nampaknya berita sedih buat penyokong-penyokong Belanda. Especially to Mr. Syauqi...Maaf sotong ni tak geng dengan ko. Hahahaha....
Ok dah stop...stop!!!! Tolong jangan percaya. Semua ni kan ramalan jer. Mana boleh percaya. Allah kan tak kasi kita percaya ramalan-ramalan ni. Semua tu berlaku secara kebetulan je. Allah tak kasi kita percaya ramalan-ramalan ni sebab, Dia tak nak kita terlibat dengan benda-benda haram macam judi ke apa ke. Kalau ramalan tak betul, kan dah rugi sploh ringgit ke, ribu-ribu ringgit ke. Itu tandanya Allah sayang kat kita. So, jangan percaya k. Tapi jangan lak pergi serang TV3 sebab siar ramalan cuaca. Walaupun tak boleh percaya nak seratus peratus gak, tapi ramalan tu untuk langkah berjaga-jaga je. Kot-kot ada yang nak pergi Giant ke, mana ke. Kalau TV3 ramalkan hujan di sebelah petang kat area Seremban maka bawaklah payung. Kalau tak ready dengan payung kang, konfem kuyup. Tak ke naya.
Sebagai langkah apa...???
Berjaga-jaga...
(pandai anak-anak murid cikgu...)
Tapi sotong tu memang tak ada unsur langkah berjaga-jaga. Maka janganlah percaya....
P/s: ISL adalah singkatan kepada Independent Self Learning. Ia adalah merupakan sejenis tugasan persendirian bagi pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia. Selain ISL kami ada;
PCK: Bukan Phua Chu Kang tapi...Pedagogical Content Knowledge
WBS: Waktu Belajar Sendiri...(bukan gi balik bilik yea...)
dan banyak lagi...(tanyalah student IPG untuk penerangan yang lebih lanjut)
Showing posts with label world cup. Show all posts
Showing posts with label world cup. Show all posts
Sunday, July 11, 2010
Thursday, June 24, 2010
World Cup 2010 : I Choose Germany!!!
Germany...pasukan yang aku sokong sejak aku kenal world cup 2002. Entah apa mulanya aku berminat dengan team Germany pun aku tak ingat. Tapi aku rasa masa aku tengok match time 2002 tu Germany yang tengah main. Aku tertarik giler dengan skill menanduk Miroslav Klose yang hampir-hampir nak menang kasut emas tetapi dimenangi oleh Ronaldo ~ Brazil. Mula-mula Klose yang mendahului bilangan jaringan terbanyak dulu tapi dah dekat-dekat nak akhir Ronaldo pulak yang skor lagi banyak jaringan dengan 8 jaringan n Klose dapat 5 jer (apa kena ngan ayat aku nieh...pening2). Takpe2 itu bermakna Ronaldo memang lagi terer tapi aku tetap sokong German huhu~
Antara player yang aku suka adalah seperti berikut (dah macam buku teks lah plak ^_^):

Miroslav Klose
No. Baju: 11
Position: Midfield
Player yang mula-mula aku suka sebab dia antara yang paling banyak skor gol untuk German. Dia amat power dalam menanduk. Keras kepala nieh...Tapi kena kad merah masa lawan dengan Serbia hari tu. Geram..geram...

Philipp Lahm
No. Baju: 16
Position: Defence
Player yang aku suka sebab dia pandai rebut bola balik. Lagi2 bila betul2 dah depan gol. Hehe..dah tentulah sebab dia defence... Dan dia adalah player yang paling comel...cuba tengok gambar bawah ni..comel x..comel x!!?? Huhu~

Lukas Podolski
No.Baju: 10
Position: Midfield gak rasanya..
Player yang aku suka sebab dia banyak gak buat cubaan-cubaan yang maut tetapi banyak gak yang cenderung untuk ke tepi gol daripada masuk gol untuk world cup kali nieh, haih.. Tapi dia dapat award 'Best Young Player' time worldcup 2006. Terer lah tu kan...

Mesut Ozil
No. Baju: 8 (aku pun tak paham kenapa dalam gambar baju dia no. 10...diorang ske main tukar2 baju kowt..huhu~)
Position: Midfield
Player yang agak baru dan semakin menyerlah. Terbaru, dia lah yang menyebabkan German menang time lawan Ghana. Nasib baik Ozil score...yuhuu~

Michael Ballack
No.Baju: 13
Position: Midfield
Player yang paling otai. Satu-satunya player yang main untuk Kelab Engaland ~ Chelsea. Tapi dia tak main world cup kali ni sebab beliau telah tercedera. Kesian...uhukuhuk... :)
Yang paling best, Germany lepas untuk next match...seronok-seronok!!! Tapi next kena lawan dengan 2nd place kumpulan C iaitu England yang juga merangkumi team feveret ayah...Abih laa....perang besar la lepas ni...

Subscribe to:
Posts (Atom)