Macam biasa, setiap semseter baru mesti tulis post baru bersama-sama azam baru untuk terus mengupdate blog dengan efficient nye walaupun aku tahu bahawa azam tersebut memang tak akan pernah tercapai. Jadi, aku akan meneruskan azam tersebut agar sekurang-kurangnya aku akan mengupdate blog pada setiap awal semester. Kira ok apa...hehe~
Semester 6 menjadi kayu ukur bahawa aku ada setahun lagi untuk menghabiskan zaman pembelajaran secara formal di Institut Pendidikan Guru. Walaupun setahun bunyinye tak lama, tapi bagi aku yang telah mengalaminya selama hampir 4 tahun setengah, ia adalah agak lama. Tapi aku tak stress sebab everything is fine until now. Ok tipu, kalau tak pernah stress. Maka selama 4 tahun setengah ni konfem2 aku tengah mimpi dan bukan hidup namanya.
Dan selama 4 tahun setengah tu jugak la aku mula kenal diri aku. Siapa aku sebenarnya. Aku jenis orang yang macam mana. Apa yang aku nak. Apa yang aku nak capai. Tapi makin banyak perkara yang aku tahu tentang diri sendiri, aku makin takut dengan diri sendiri. Banyak yang tak betulnya. Banyak betul salahnya. Aku tak pasti sejak bila aku bentuk diri aku jadi orang yang macam ni. Makin banyak yang aku cuba betulkan, makin kucar kacir jadinya, aku jadi takut, sangat takut. Aku akhirnya jadi orang yang tak ada identiti, seolah-olah aku dah start masuk dalam fasa self-destructed. Fasa hancurkan diri sendiri.
Aku yang dulu dah tak ada, walaupun aku yang sekarang mungkin lebih baik tapi kalau aku yang sekarang ni tak boleh berdiri dengan kaki sendiri dan asyik bergantung dengan orang lain bila nak kawal emosi sendiri apa gunanya. Orang yang tak ada pendirian sendiri, orang yang sentiasa takut dengan pandangan orang lain, orang yang terlalu takut menyakiti yang akhirnya menyakitkan diri sendiri. Perasaan sendiri yang tak terjaga. Kalaulah perasaan tu boleh nampak, aku pasti perasaan aku ni dah tak ada bentuk, kalau ada pun mungkin hodoh~
Tapi aku tetap berharap bahawa aku masih boleh berbangga dengan aku yang sekarang suatu hari nanti. Mungkin ada bahagian yang perlu aku betulkan agar dapat betulkan semua sekali keseluruhannya. Aku kuat sebab aku ada support dari keluarga yang tak pernah tinggalkan aku walau macam mana pun jadinya aku nanti. Dan aku juga akan usahakan untuk dapat support dari Allah yang lagi kenal aku berbanding diri aku sendiri. Hanya Allah je yang tahu aku sekarang ni. Of course hanya Dia.
No comments:
Post a Comment