Pages

Tuesday, February 15, 2011

Layak tak saya nak sayang Kekasih Allah jugak...

Saya budak biasa. Tak baik sangat dan tak jahat sangat.

Saya tahu, saya pernah...
- buat mak n ayah marah, buat diaorang kecil hati, tak dengar cakap n keras kepala...
- sakitkan hati adik2 n abang, buat diorang marah...
- kecilkan hati kawan2 n buat diorang bengang...

dan juga...
- selalu lupa kat Allah bila hepi...
- dan bila susah barulah nak cari Allah...
- selalu lambat2kan sembahyang...
- selalu buat apa yang Allah larang...
- selalu x ingat kat Rasullulah...
- selalu tak teringat untuk selawat ke atas baginda...

jadi...
layak tak saya nak try sayang Kekasih Allah...
skali lagi... KEKASIH ALLAH...



Ok, kalau kita sebut 'kekasih'...
Kekasih adalah seseorang yang sangat-sangat disayangi, dicintai, yang akan dipastikan bahawa tak ada apa-apa yang tak baik berlaku kepada kekasih kita tu...
Jadi, Kekasih Allah bermakna, Rasullulah adalah merupakan seseorang yang sangat2 disayangi, dicintai dan akan dipastikan bahawa tidak ada apa-apa yang tak baik berlaku kepada baginda oleh Allah s.w.t.

Aku tak tahu nak cakap macam mana tapi layak ke orang yang macam aku ni nak claim yang aku sayang kat Rasulullah...
Siapa aku nak sayang Rasulullah kalau Rasulullah adalah seorang insan yang most beloved by Allah, tuhan yang cipta aku...
Kira macam, tak tahu malunya aku...ada hati nak sayang Rasullulah...

Mak pernah hantar satu video kat aku...
Video ni aku pasti dah ramai yang tengok...
Video tentang pemergian Rasullulah...

Align Center


Kesimpulan yang dapat aku buat berdasarkan video tu...
- Rasullullah amat amat amat sayang umatnya...sehinggakan saat akhir kewafatan baginda, baginda still sebut nama umatnya....
Kalau kita pada saat tu tentu dah tak de nak ingat sesiapa dah, mesti kita hanya fokus kat apa yang kita rasa pada masa tu...
Tapi, Rasulullah berkali-kali sebut nama umatnya...siapa umatnya? Kita lah kan...aku sedar yang aku pun...

Jadi, aku fikir2 apa yang aku boleh buat untuk Rasulullah untuk buktikan yang aku pun sayang Rasulullah...
Apa yang boleh aku buat untuk jadikan aku layak nak claim yang aku sayang Rasulullah...

Jadi, insyaAllah aku nak cuba:
- setiap kali aku teringat kat Rasulullah, aku nak selawat ke atas baginda...banyak2...
- aku nak ikut sikit2 apa yang Rasulullah buat...
Rasulullah suka maafkan orang...
Rasulullah selalu bersabar...
dan segala macam yang aku tahu Rasulullah buat, aku nak cuba buat sikit2...
Aku nak buat sikit2 dan tak nak buat skali gus sebab aku takut nanti tak berpanjangan....

Walau aku sedar sampai satu tahap nanti aku akan lupa balik....
jadi aku berdoa dan bermohon kepadaMu Ya Allah supaya "Ingatkanlah kepadaku setiap kali aku lupa...sesungguhnya aku adalah hambaMu yang sangat lemah hatinya" Amin~

Oleh itu, sempena Hari Maulidur Rasul ni, sama-sama lah kita mula selawat ke atas baginda dan bukan untuk hari ni je...tapi berterusan untuk hari2 akan datang...

No comments:

Post a Comment