Pages

Monday, January 31, 2011

Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @ Najib Razak

KRISIS di Mesir....
Aku rasa tak perlu nak cerita apa krisisnya sebab dah banyak berita tentang krisis ni kalau taip kat "Google" tu tapi aku rasa lebih terpanggil untuk menjadi penyebar tentang nasib atau keadaan sebenar pelajar Malaysia kat sana. Kalau semua tengok berita malam tadi, mesti dah tau macam mana keadaan kat sana. Tapi setakat yang aku tengok malam tadi kat TV, keadaan nampak ok dan tak teruk sangat tapi bila aku baca update pagi ni...takutnya!!!

Aku terpanggil untuk tulis entri ini selepas baca entri dari blog.ariff "Krisis di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @ Najib Razak". Kalau nak tahu status diorang buat masa ni, sila rujuk link yang aku dapat dari blog.ariff ni: Krisis Mesir, nasib pelajar kita

Aku tak pasti sama ada semua kawan-kawan aku kat sana dah balik Malaysia atau belum tapi kalau belum...frankly said...aku sangat-sangat takut! Aku still try dapatkan respon diorang dari Facebook walaupun aku tahu sistem komunikasi kat beberapa tempat kat sana, termasuklah internet, telefon dan segala jenis perhubungan terputus. Kalau diorang reply, ok lah sebab dah ada kat Malaysia. Tapi masalahnya seorang pun tak reply lagi...

So, apa yang aku harap supaya kerajaan Malaysia tolonglah bawak diorang balik, SEMUA sekali. Mungkin usaha mengeluarkan mereka dari negara tu sudah dimulakan sedikit demi sedikit tapi diharapkan proses tu dilakukan dengan lebih cepat. Tindakan mengumpulkan pelajar-pelajar Malaysia atau dari negara-negara lain yang perempuan terutamanya dalam satu bangunan yang dikawal contohnya alex kumpulkan student dalam bangunan Mara n kat mansoura diorang letakkan penjaga lelaki di lorong-lorong memang merupakan tindakan yang sangat wajar tapi usaha untuk bawa mereka balik ke Malaysia haruslah terus diberi keutamaaan. Sebab, polis diorang pun dah tak boleh nak buat apa-apa kalau sebilangan besar banduan-banduan mereka terlepas. Kejadian membakar bangunan pun semakin menjadi-jadi, kalau communication system ada pun tapi bekalan top up untuk handphone takde, kalau ada ada kredit pun tapi kalau bateri habis pun tak boleh nak charge sebab bekalan elektrik takde. So, tentu semua pun sangat-sangat faham apa yang famili diorang kat Malaysia ni tengah rasa sekarang ni...

So, kepada sesiapa yang membaca post ni, marilah kita sama-sama berdoa agar semua student-student Malaysia kat sana selamat dan berdasarkan blog.ariff, sesiapa yang ada twitter maybe korang boleh buat apa yang dia sarankan ni:

"Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care."

Gambaran situasi kat sana:







* sumber gambar: google images

No comments:

Post a Comment