'Sindrom Cashier & Salesgirl Malaysia'....
Bunyi macam penyakit je....hmmm memang penyakit pun.... Penyakit yang melanda majoriti cashier-cashier perempuan Melayu yang ada kat Malaysia ni. Sorry to say...bunyi memang macam kasar dan memang kasar pun sebab semua orang pun tahu, pokok takkan goyang kalau tak ada angin. Tapi awal-awal cakap, aku tak bermaksud semua cashier perempuan yang ada kat Malaysia ni berpenyakit macam ni, cuma segelintir je. Ada je yang baik dan sangat mesra tapi yang segelintir nilah yang buat hati aku panas.
Aku rasa ada je yang pernah kene apa yang aku dah terkena. Kalau setakat sekali terkena tu tak apalah. Tak kisah pun. Tapi kalau dah beberapa kali terkena, tak ke aku yakin sindron ni memang betul-betul wujud. Yang paling aku sedih dan pelik, semuanya berbangsa Melayu dan perempuan. Seolah-olah diorang ni macam ada sejenis penyakit yang sama bila bekerja sebagai cashier atau salesgirl. Berlagak bagus, jawab pun nak taknak, nada suara sinis giler, orang tanya baik-baik - dia jawab benda-benda yang menyakitkan hati. Memang tak teringat kalau nak cerita balik semua perkara-perkara yang pernah berlaku tapi pandai-pandailah fikir sendiri, wujudnya pekerjaan cashier dengan salegirl tu pun sebab adanya customer. Tapi kalau dengan customer pun buat hal, apa tujuan pilih kerja tu. Pergilah pilih pekerjaan yang bekerja dengan mesin kalau tak boleh nak bekerja dengan orang.
Tak terniat pun nak menyentuh perasaan siapa-siapa yang pernah bekerja sebagai cashier atau salesgirl ni. Tapi sebagai customer, kitorang pun manusia yang ada perasaan jugak. Bukan heroin cerita tv yang sentiasa bersabar dengan perkara-perkara yang menyakitkan hati dari mula sampai ke penghujungnya. Jadi tolonglah, tak luak apa-apa pun kalau korang senyum. Tak rugi apa-apa pun kalau korang cakap baik-baik. Dah tentu kita perempuan dan Melayu pulak tu. Terkenal dengan adat dan budi bahasa. Serius aku cakap, tak rugi apa-apa pun kalau jadi baik.
Kesimpulannya, (dah macam karangan lak aku rasa...) jadilah cashier dan salegirl yang baik...huhu~
*Aku sangat suka dengan ada seorang akak cashier kat Giant Senawang, suara dia lembut dan cara dia cakap macam cakap dengan pakwe. Untung dia, Allah bagi dia suara macam tu...huhu~ (hehe...aku pun bersyukur jugak dengan suara aku...tak lembut pun takpe asalkan ada suara huhu~)
Currently, pergi Jusco Seremban 2 dengan Ayuni n Adlina. Sempat je ambik gambar time tengah beratur masa nak beli Cornetto McFlurry kat McD. Akak kaunter aiskrim tu??? Ok je...cemerlang, gemilang dan terbilang...huhu~
hoho. owh cashier2. penyakit cikgu2? hee
ReplyDeletePenyakit cikgu...huhu~ x tau plak...hanya anak2 murid yang tau penyakit guru masing2...hihi~ :)
ReplyDeletewho's that gurl in purple..
ReplyDeleteshe's adorable..
may i know her?? muahahahaha~