Pages

Sunday, March 7, 2010

Apa yang Anda Boleh Lakukan Bila Anak Kucing Anda Sakit

Kepada sesiapa yang menyayangi kucing, mesti korang kelam kabut dan susah hati bila kucing korang sakit. Mungkin apabila perkara ini berlaku, mungkin ramai yang terfikir untuk hantar ke veterinar je terus.

Tapi mengikut kepada pengalaman aku, walaupun dah hantar ke veterinar, penyakit kucing aku tak pun bertambah baik tapi bertambah teruk. Tapi tak bermaksud aku nak menidakkan keberkesanan ubat-ubat yang doktor tu bagi. Tapi kadang-kadang keadaan kucing ni bertambah teruk bukan sebab ubat tapi sebab perasaan takut tekanan yang dia rasa bila dibawa kehulu kehilir ke pusat veterinar. Ditambah lagi dengan situasi untuk berjumpa dengan manusia lain (doktor veterinar) yang bukannya selalu nak berlembut semasa merawat kucing-kucing ni.

Tanda-tanda kucing korang sakit:
1. Macam manusia jugak, bila sakit diorang akan kurang selera makan. Walaumacam mana korang panggil atau letak makanan tu depan diorang pun, diorang akan buat tak tahu je.

2. Kadang-kadang telinga diorang akan menjadi sejuk. Kalau korang tengok kucing korang semacam je, cuba sentuh telinga dia, kalau sejuk besar kemungkinan kucing korang demam atau tengah sakitlah umumnya. Selain tu, kalau kucing korang demam, korang boleh kesan bila korang angkat atau sentuh badan dia, macam manusia jugak bila demam, badan mereka akan terasa panas daripada biasa.

3. Mata diorang akan nampak kuyu. Biasanya bila kucing-kucing yang sihat pandang korang, mesti korang perasan mata diorang yang buntang dan macam tak sabar-sabar nak tunggu korang bagi makan kat diorang. Tapi, kucing yang sakit pula biasanya akan kerap tidur dan tak pernah pun nak pandang korang lama-lama. Kadang-kadang dia pandang sekilas je.

4. Selain tu, korang akan perasan yang diorang tak mahu dipegang mahupun didekati. Diorang lebih selesa menyorok kat mana-mana untuk tidur. Kalau korang pegang pun, diorang akan mengeliat-ngeliat nak lepas.

Jadi, bila korang dah perasan semua ni, maka konfemlah yang kucing korang sakit sebenarnya. Habis tu apa yang korang boleh buat???

Bila kucing korang sakit, diorang takkan makan. Jadi, kadang-kadang diorang mati bukan semestinya sebab penyakit dia tapi besar kemungkinan sebab tenaga diorang dah takde langsung dah. Oleh itu, cuba buat macam ni:

1. Beli Glucolin dan bancuh dengan air mengikut sukatan yang dicadangkan. Disebabkan mereka takkan minum dengan sendirinya, maka korang kenalah bagi diorang minum. Caranya, guna syringe.




Tapi pastikan pulak yang syringe tu takde jarum..hahaha... Sedut air glukolin dengan syringe. Lepas tu picitkan syringe tu kat mulut diorang. Diorang konfem akan meronta-ronta nak lepas. Maka, pandai-pandailah korang berlembut dengan diorang. Jangan paksa diorang minum skali banyak,tak jalan punya sebab diorang akan tutup mulut diorang serapat-rapatnya bila diorang dah rasa dipaksa. Biarlah sikit-sikit tapi kerap, asalkan diorang dapat rasa beberapa titis air tu.



Kenapa Glucolin?? Seperti yang korang tahu, Glucolin tu glukosa sebenarnya. Dengan bahasa mudahnya gula teringkas yang tak perlu dipecahkan lagi untuk memberi tenaga. Kiranya, dengan cara ni, diorang akan dapat tenaga tambahan dengan lebih cepat.

2. Beli susu untuk haiwan peliharaan. Selain daripada tenaga, diorang juga memerlukan zat-zat lain untuk membina semula sel-sel dan menguatkan semula sistem pertahanan badan diorang. Oleh itu, dengan cara ni InsyaAllah diorang akan bertambah baik. Macam biasa diorang takkan minum dengan sendirinya. Maka, gunalah syringe jugak sekali lagi. Sikit-sikit tapi kerap.





Yang sebelah kiri tu susu dan yang sebelah kanan tu pulak air glukosa.

Selain syringe, korang jugak boleh guna botol susu. Dah semestinya botol susu yang khas untuk kucing. Please..lah jangan korang rembat botol susu adik-adik korang lak. Mengamuk mak korang nanti...Lagipun kalau botol susu adik-adik korang tu pun, takkan muatnya kat mulut kucing tu...



Oleh itu, korang cubalah yea, harap-harap cara ni berkesan ke atas kucing korang jugak...InsyaAllah...Semoga Berjaya!!! :)

3 comments:

Anonymous said...

kalau kucing yg cacing buat cara kakak buat boleh ke tak ?? kucing sy ni mmg x nk minum susu ibu lnsung . . . dy cuma letak mulut ja . .susu ibu kan boleh bunuh kuman . . .. sy risau lah dy x nk minum . . bdn pun kurus . .

Nur Adilah said...

To Jia:
Boleh gne cara ni tp ubat cacing pun kene bagi gak...cara ni bukan bermaksud kita tak payah hantar ke veterinar langsg tp utk tmbh tenaga dia...
mintak ubat cacing utk kucing kat doktr pastu buat gak cara ni sbb Jia pun tau yg kucing Jia x nak minum susu langsg kan...2lh sbbnye bdn dia kurus...buat dgn kerap...sejam sekali contohnye..
try lah...hope kucing Jia cpt sihat k!!!

AMIRUL said...

kucing saya skang ni da beberapa ari tidak membuang air besar,kurang aktif,asyik nak tido,macam tak sihat..tp saya risau kan sekarang kucing saya tidak membuang air besar.. so mcm mana nak sembuh kan kucing sy?

Related Posts with Thumbnails