Pages

Wednesday, February 2, 2011

Bawang Putih Bawang Merah 1959

Yeeaaaaah!!!!!!
Akhirnya dapat jugak aku men'download' cerita yang dah lama sangat aku nak tengok. Nak tunggu TV tayang entah bile-bile, nak beli CD asyik lupa je. Last-last, ambik timing best...ngadap internet berjam-jam...klik sana, klik sini...barulah dapat tempat nak download cerita ni.

Casts:
Latifah Omar - Bawang Merah
Umi Kalthum - Bawang Putih
Mustapha Maarof - Anak Raja
Siti Tg. Perak - Bonda Kundur (Emak Bawang Putih)
Aminah Yem - Bonda Labu (Emak Bawang Merah)

Cerita dia macam ni...

Tersebutlah alkisah...

Adanya dua beradik yang bernama bawang merah dan bawang putih...
Bawang Putih yang nakal amat suka menyakat Bawang Merah...


Ayah mereka meninggal dunia selepas terkena sengat ikan sembilang semasa memancing...


Bila ayah meraka dah tak ada, makin beranilah Mak Kundur dengan Putih mendera hidup Mak Labu dengan Merah...


Tak cukup-cukup dengan mendera, Mak Kundur bunuh Mak Labu dengan menolaknya ke dalam perigi...


Roh Mak Labu memberitahu perkara yang dah berlaku kepada anaknya....
Disebabkan jatuh ke dalam perigi maka ia bertukar menjadi ikan Kaloi...


Maka, merah pun pergilah melihat maknya merangkap ikan kaloi dan memberi makan nasi dengan sayur keladi (dia kata laa...)


Mak Kundur tak puas hati dengan Mak Labu yang masih hidup (walaupun dlm bentuk ikan)...Kira macam dendam tak sudah laa ni...maka ditangkap dan dibunuh ikan tersebut...


Ikan tersebut dibuat lauk dan dimakan termasuklah Bawang Merah... Bila Merah dapat tau ikan yang dah dimakan itu adalah maknya, maka dia pun carilah balik tulang ikan tersebut seperti yang telah disuruh oleh maknya (dalam bentuk suara yg bergema...ley bayang tak??)

Dalam bentuk suara yang bergema jugak, mak Labu menyuruh anaknya menanamkan tulang ikan tersebut di dalam hutan...

Ting!!! Mak Labu dah jadi pokok beringin pulak...siap ada buaian lagi...
Maka, Merah selalulah menyanyi dan berbuai kat buaian tu...Laju2....buaiku laju....

Haaa....itu dia putera idaman saya eh silap...anak raja sudah mari dengan bala tenteranya...hak3


Anak raja berehat lepas pergi berburu...
(I wonder nape mustapha maarof lahir awal sangat!!! Lahirlah tahun 1986 ke, 87 ke...x kisah la lapan bape pun, asalkan lapan...Adoyai....)


Anak Raja terdengar suara perempuan menyanyi (bawang merah la yang punya keje tu...)


Dato' Panglima (Mahmud June) dengan Pak Gendot (x tahu nama) disuruh cari empunya suara...sampai depan rumah dikejarnya budak tu...


Mak Kundur claim yang Bawang Putih lah empunya suara...
tapi kantoi sebab Bawang Putih tak boleh nyanyi pun...


Anak Raja sikit punya bengang lepas kena tipu...
Dato' Panglima janji cari perempuan yang betul sampai dapat...


Dapat akhirnya...hanya Bawang Merah menyanyi je yang dapat buat buaian tu bergerak...kenapa? Sebab pokok beringin tu kan mak dia...haha~


Anak Raja propose Bawang Merah...
Merah (dalam hati): Sikit punya hensem, bunga je ke...? huhu~


Dah propose...kahwin.... ^_^


Mak Kundur try nak kasi 'TIPS supaya suami sayang'


Tips 1: Miang Rebung...


Maka, tergaru-garulah anak raja tersebut... Anak Raja warning Bawang Merah supaya jangan dengar lagi cakap Mak Kundur...tapi...


Mak Kundur pakai ilmu hitam lak... Tips 2: Baling kapak kat suami...
(Perhatian: TIPS2 ini amat salah sama sekali, jangan nak memandai2 try!!)


Tepat sekali.... Aduh, sakit kot!!!


Lepas kena kapak, Bawang Merah siap tanya lagi, "Kanda sayang Dinda tak"
Disebabkan soalan tu, tak pasal2 Bawang Merah kena penampar dengan suaminya.
Lepas kena tampar barulah Bawang Merah tersedar dari hypnotise Mak Kundur...


Bawang Merah dijatuhkan hukuman sula sebab cuba mencederakan Anak Raja...


Hah...yang ni makin terserlah ke'dongengan'nya...kira berlaku bencana alam yang kononnya untuk membela orang yang tak bersalah...


Dayang mengadu Mak Kundur yang ajar Bawang Merah buat semua benda tu...


Anak Raja dengan bengis dalam kehensemannya mengarahkan Dato' Panglima tangkap mak Kundur...


Ting...hilang!!!


Mak Labu merangkap pokok beringin, mengambil balik anaknya daripada dianiaya...


Mak Labu ditangkap dan dijatuhkan hukuman sebat...zasss...huhu~


Bawang Merah merayu agar suaminya melepaskan mak Labu...

Part ni sweet...uhuhu~ Anak Raja usha balik isteri dia...alala~

And they live hapilly ever after....

Tamat~

Sekian, inilah antara cerita Melayu lama yang aku sangat suka. Banyak lagi yang lain tapi cerita ni spesel sikit sebab hero dia hensem...hak3~
Ok, kepada sesiapa lepas baca entri ni tertarik lak nak tengok cerita dia....download lah kat sini

Monday, January 31, 2011

Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @ Najib Razak

KRISIS di Mesir....
Aku rasa tak perlu nak cerita apa krisisnya sebab dah banyak berita tentang krisis ni kalau taip kat "Google" tu tapi aku rasa lebih terpanggil untuk menjadi penyebar tentang nasib atau keadaan sebenar pelajar Malaysia kat sana. Kalau semua tengok berita malam tadi, mesti dah tau macam mana keadaan kat sana. Tapi setakat yang aku tengok malam tadi kat TV, keadaan nampak ok dan tak teruk sangat tapi bila aku baca update pagi ni...takutnya!!!

Aku terpanggil untuk tulis entri ini selepas baca entri dari blog.ariff "Krisis di Mesir Keadaan Sebenar Pelajar Malaysia @ Najib Razak". Kalau nak tahu status diorang buat masa ni, sila rujuk link yang aku dapat dari blog.ariff ni: Krisis Mesir, nasib pelajar kita

Aku tak pasti sama ada semua kawan-kawan aku kat sana dah balik Malaysia atau belum tapi kalau belum...frankly said...aku sangat-sangat takut! Aku still try dapatkan respon diorang dari Facebook walaupun aku tahu sistem komunikasi kat beberapa tempat kat sana, termasuklah internet, telefon dan segala jenis perhubungan terputus. Kalau diorang reply, ok lah sebab dah ada kat Malaysia. Tapi masalahnya seorang pun tak reply lagi...

So, apa yang aku harap supaya kerajaan Malaysia tolonglah bawak diorang balik, SEMUA sekali. Mungkin usaha mengeluarkan mereka dari negara tu sudah dimulakan sedikit demi sedikit tapi diharapkan proses tu dilakukan dengan lebih cepat. Tindakan mengumpulkan pelajar-pelajar Malaysia atau dari negara-negara lain yang perempuan terutamanya dalam satu bangunan yang dikawal contohnya alex kumpulkan student dalam bangunan Mara n kat mansoura diorang letakkan penjaga lelaki di lorong-lorong memang merupakan tindakan yang sangat wajar tapi usaha untuk bawa mereka balik ke Malaysia haruslah terus diberi keutamaaan. Sebab, polis diorang pun dah tak boleh nak buat apa-apa kalau sebilangan besar banduan-banduan mereka terlepas. Kejadian membakar bangunan pun semakin menjadi-jadi, kalau communication system ada pun tapi bekalan top up untuk handphone takde, kalau ada ada kredit pun tapi kalau bateri habis pun tak boleh nak charge sebab bekalan elektrik takde. So, tentu semua pun sangat-sangat faham apa yang famili diorang kat Malaysia ni tengah rasa sekarang ni...

So, kepada sesiapa yang membaca post ni, marilah kita sama-sama berdoa agar semua student-student Malaysia kat sana selamat dan berdasarkan blog.ariff, sesiapa yang ada twitter maybe korang boleh buat apa yang dia sarankan ni:

"Kalau ada Twitter, retweet this. Aku sengaja mention @NajibRazak dalam tajuk entri supaya everytime orang retweet, akan automatically mention nama dia. Click the retweet button. Lagi banyak, lagi bagus. It show’s that things are really serious there and we care."

Gambaran situasi kat sana:







* sumber gambar: google images

Sunday, January 23, 2011

Serious!!! Saya penat tergelak...

Petang tadi adalah antara sejarah tergelak yang paling banyak yang telah aku cipta. Dari start rehlah sampailah habis. Efeknye....sakit kepala sampai sekarang...nice~

Tapi apa-apa pun credits to rina and of course keseluruhan team AJK Sosial dan Aktiviti sebab dah buat aktiviti yang superb untuk kitorang...
tak lupa buat semua kawan-kawan yang memang sporting buat perangai gila sampai tak cukup nafas aku gelak...ye terima kasih...
yang aku salute...Afnan yang sanggup turun walaupun busy...aku tabik orang macam ko..best2..
n tak lupa kepada sya n kimah yang tak dapat ikut sama sebab ada program...xpe2 len kali kita buat lagi k...^_^

Bermula seawal jam 7 pagi ktorang yang perempuan dah start buat sandwich dengan air teh ntuk bekalan masa rehlah, banyak ktorang buat supaya cukup untuk semua especially yang lelaki yang konfem2 datang tanya pasal makan je dulu...

K, pendek cerita aktiviti ni ktorang buat kat astaka institut. Program mula dengan main game padang...
Main baling selipar, nyorok-nyorok dengan 'Iceberg'. Tak cukup-cukup main masa kecik-kecik dulu, masing-masing tak ingat dunia main lagi tadi. Semua tak sedar dah besar. Tapi honesly cuba bagi tahu siapa yang rasa dia dah matured sangat kata main benda ni macam budak kecik. Tipu besar lah kalau kata tak best...hak3

Permainan bermula~

Pengisytiharan 'monster2' secara rasmi~

Sakit perut tergelak dengan perangai gila bila diorang ni....
yang baling selipar tak kena-kena..
yang tak cukup2 tanah bila kena kejar..
yang tak sempat nak nyorok dah kena tangkap..
yang main permainan budak2 pun nak pasang strategi perang..
yang naik 'Iceberg' tak nak turun2..
yang monster tak pernah nye nak kenyang2..
yang bila kena kejar, penguin yang sepatutnya comel pun boleh ngeri..

Hahahaha!!!!...Adeh..sakit perut...
Dah tu bila time makan lak..senyap sunyi...macam malaikat lalu..
Bila perut lapar...sandwich, kerepek pisang dengan air teh pun jadi..
Tangan masing2 laju je...sampaikan ada yang menyarap punya laparnya...
Bukti?

Haa..kan dah cakap dah...

Makan..makan..makan..borak..borak..borak..

Lepas makan, tak cukup2 main...ktorang main pulak game "Baby, do you love me?", "Panjang pendek", "Silent Killer" dengan " Buaya-Biawak".

Hey you...don't judge a game by its name tau...kalau dah main..tau laa tahap bestnye macam mane...silap2 hilang suara sebab gelak..

Sudah2!! Kne cap gay kang payah....

Ya...permainan ini memerlukan kekuatan minda..

Mana tak gelak kaw2 punya bila...
yang sepatutnya "Baby, do you love me" jadi "Baby, I love you"..
yang keluarkan vocab lak tahap kamus dewan..
yang banyak menghasilkan spesis baru..biawe lah, buawak lah, biawayak lah..
scientist pun give up dengar spesies2 tu...

n of course yang paling banyak dapat "Langsi of the day"...
mane tak nye kalau bila suruh ambik surat khabar, dia ambik benda lain...
dia yang tak sepatutnya jadi "pembunuh" nak jugak jadi "pembunuh"...adoi...hak3

tu sume lah yang buat aku sakit kepala sampai sekarang...

N tak ketinggalan...aktiviti wajib bagi setiap program...











btw...thanx guys...i've had so much fun today...sayang korang~

Monday, January 10, 2011

Canon Prima 5

Merujuk kepada post aku sebelum ni. Aku dah jumpa dah kamera famili aku yang Canon tu.

Canon Prima 5


Bukan warna hitam tapi kelabu....


Tapi aku ingat lagi bentuk casing dia...sikit punya tebal nak bawak kehulu-kehilir~

Lebih kurang mcm ni lah...tp tak tahu lah kalau sume casing dia sama je sbnrnye..huhu~

Btw, aku nak cerita pasal satu kamera ni. Lagi unik, terbaek dari ladang...
Camera Nimslo 3D.
Berdasarkan namanya kita pun dah boleh agak yang hasil gambar tu akan jadi 3D. Bila pikir2 balik...boleh ke? Ok, cuba korang tengok ni....



dan ni...



N inilah ghomen eh camera dia....



So kalau nak gambar jadi camtu belilah yea!!! ^_^

Tambahan: lepas aku baca post ni balik...nampaknya gambar tu tak menjadi...
maybe sebab aku copy n paste je kowt. K kalau nak tengok gambar yg sbnrnye tekan ni
Related Posts with Thumbnails