As usual, menjelang tengah hari, klu tak makan kat cafe, kitorang akan bungkus makanan dan makan kat bilik. By hook or by crook, kitorang akan still cenderung untuk makan sama-sama kerana sangatlah tak bestnya kalau makan sorang2. Bila dah makan sama-sama, macam-macam cerita lah yang akan keluar. Kalau dah namanya perempuan, memang semua bidang dan bab dalam dunia ni boleh jadi topik perbualan. Tu yang makan patut dah boleh settle 10 minit boleh ambil masa sampai sejam setengah. Haha~
Antara topik perbualan yang keluar tadi termasuklah cerita masing-masing masa zaman kecik-kecik dulu. Yang Janna macam tu, yang Ili macam ni, yang Ain macam tu dan tak aku pun tak terkecuali. Aku yang tak pernah terfikir nak bercerita tentang sejarah dulu-dulu pun boleh bukak cerita. Punyalah hebat dan nikmat apabila bercerita tentang 'kenangan' sampai bersambung-sambung masing-masing bercerita. Walaupun ada je beberapa cerita aku tu aku repeat balik tapi feel semacam je aku bercerita. Hehe...seronok..
Sama jugak kalau aku duduk sama-sama dengan keluarga aku. Haaa....masa nilah semua rahsia dan perangai pelik-pelik kitorang masa kecik akan dibongkar oleh mak dan ayah aku. Masaklah siapa yang kena bahan masa tu...kena gelak kaw2 punya. Haha~
Dalam banyak-banyak tu dah tentulah aku pun kena bahan sama. Tapi disebabkan aku ni budak baik lagi charming maka tak adalah cerita yang memalukan sangat. Haha..nampak sangat nipunye~
Antara perkara-perkara yang aku ingat masa kecik-kecik dulu ialah pasal mengaji. Masa mula-mula mengaji dulu, aku akan mengaji dengan ayah. Macam biasa starting dengan Mukaddam. Tapi disebabkan ayah aku amatlah garang, almaklumlah orang muda kan, darah cepat panas.. baru satu dua mukasurat aku dah tersedu-sedu. Bukan sedu sebab menghayati makna tapi sebab kena marah sebab asyik salah. Haha~ last-last mak ayah aku hantar aku mengaji dengan orang lain. Kalau mengaji dengan orang lain, kalau salah pun ustazah tu tak boleh nak marah sangat sebab banyak lagi budak lain yang dia nak kena ajar. Hehe..selamat aku...
Satu lagi rutin masa kecik-kecik yang aku ingat ialah tiap-tiap hari minggu, aku akan kena baca sebuah buku bahasa Inggeris secara live depan mak. Buku tu sikit punya menarik dengan tulisan besar-besar, gambar besar-besar, warna-warni lagi. Tapi bila baca sikit punya azab aku menyebut perkataan-perkataan dalam buku tu. Yang buat mak aku hangin tu sebab aku suka repeat salah yang sama. Memang high pitch lah nada suara mak aku lepas-lepas tu. Part yang kelakar yang aku ingat:
Aku: One little moo....mu....mmm....
Mak: mouse...
Aku: One little mouse was eating some cheese.
[Seminit kemudian]
Aku: Four little mmm....mmm....
Mak: MOUSE!!!!
Lancar je aku sebut mouse untuk mouse-mouse yang kelima dan seterusnya.
Kitorang jugak memang mak akan suruh makan supplement dan vitamin. Antara yang paling aku ingat ialah vitamin CHAMPS yang botol dia warna oren gelap dengan gambar gajah dan kawan-kawan dia tu. Dan macam biasa aku yang memang liat makan-makan vitamin ni, kena bersuruh makan depan mata barulah nak makan, padahal vitamin tu sikit punya sedap. Ada sekali tu aku sangkut lagi masa baca buku BI, dengan muka aku yang sedih tak terkira, mak aku suruh makan CHAMPS. Lepas-lepas tu smooth je aku baca buku tu. Mak punya amazed dengan pencapaian aku pun barkata, "Bagus vitamin ni, terus boleh aje".... Tapi yang peliknya, vitamin tu vitamin C. -.-"
Bukan setakat vitamin, nasi pun aku liat nak makan. Dari zaman bersuap sampailah suap sendiri. Masa zaman-zaman aku liat makan dulu, ayah aku sampai kena goreng telur dadar dan gaul dengan nasi. Jadi nasi tu akan bercampur dengan telur dadar yang dah jadi cebisan-cebisan kecik. Kira dah macam ala-ala nasi goreng jela. Tinggal nak suap je. Dan tu jelah aku nak makan, lauk lain jangan harap. Punyalah banyak cekadak masa aku kecik-kecik.
Ada satu ketika tu abang aku bukak rahsia yang dia nampak aku mengelat time makan. Masa tu zaman suap sendiri, jadi aku lebih panjang akal untuk mengelak makan. Meja makan kat rumah aku time tu ada 5 kerusi je sebab yang satu lagi rosak. So meja yang paling hujung dirapatkan ke dinding untuk jimat space. Kat atas meja bahagian tepi dinding tulah yang akan ada macam-macam benda macam tupperware ke bekas air ke. Jadi, aku punya nekad tak suka makan, diam-diam aku ambik segenggam nasi pastu aku sorok belakang tupperware. Segenggam-segenggam aku buat. Kalau nasi tu asalnya lima genggam. Aku rasa segengam je yang aku makan. Last-last kantoi dengan abang sebab setiap kali lepas makan, dia yang lap meja. Kira tak berapa nak bijak lah aku mase tu...free-free kena lecture malam tu.
Haha..kalau nak diceritakan memang 7 hari 7 malam tak habis. Itu tak termasuk mak aku soal aku macam FBI sama ada aku makan askrim ke tidak kat sekolah bila aku kena lelah, jatuhkan tv masa orang datang, selalu hilangkan jam tangan, asyik 'terputus'kan rantai yang mak beli, kena cili mulut bila sebut perkataan mencarut dengan adik-adik (kawan ajar...hehe) dan banyak lagi kenangan yang aku takkan dapat lupakan sampai bila-bila. Bila fikir-fikir, mak dan ayah memang dah buat segala-galanya untuk besarkan aku dan adik beradik dengan sempurna. Walapun ramai orang kata kat dunia ni tak ada yang sempurna tapi bagi aku didikan yang mak ayah aku bagi kat aku dan adik beradik memang cukup sempurna. Dan tak mustahil aku akan ikut jejak langkah mak ayah aku untuk didik anak aku nanti.
Sincerely, terima kasih mak, ayah. Terima kasih sebab jadikan kitorang manusia. Thank You!
Nampak ke aku macam budak nakal? Tak kan...hehe [Adlina tak de lagi sebab dia belum lahir lagi..huhu~ ^_^]