Pages

Sunday, July 25, 2010

Ada apa dengan Korea!?

Hmmm....cerita korea lagi. Lepas Personal Taste, aku layan You're Beautiful pulak. Macam biasa, memang best sebab cerita korea mana yang tak best kalau tak kerana hero dia hensem dan comel plus pulak dengan jalan cerita yang sweeetttt....daripada dah nawaitu nak tengok skip-skip je, hmmp...full gak aku tengok sampai kul 2-3 pagi. Iman tak cukup kuat...nawaitu je tak cukup...terjerumus gak. Ini pun masa tengah taip entri ni pun tengah dengar lagu OST You're Beautiful - Lovely Day (Park Shin Hye). Untuk hari ni je dah dekat sepuluh kali lagu ni aku ulang. Parah...

Bukan setakat tu, sekarang ni pun mulut asyik nak tersebut bahasa korea je. Nak cakap 'ya' dah jadi 'ye'(e taling), nak cakap 'sori' jadi 'mian', bila nak marah something dah pandai sebut 'aigoo'....bunyi bila bengang pun dah bertukar jadi 'sheesh'....habis laa...Janganlah kata-kata Hang Tuah dulu jadi kenyataan "Takkan Melayu hilang di dunia"...tak Hang Tuah tak...saya janji saya akan berusaha untuk tidak melupakan bahasa ibunda saya, ayah saya cikgu BM (tiba!!..apa kena mengena??) Pernah sekali aku tanya mak..."Mak, boleh tak akak nak belajar bahasa korea, jepun pun akak nak belajar jugak. Lalu emak saya menjawab "Kalau bahasa Arab yang akak dah belajar dulu akak mantapkan kan lagi bagus..". Huhu..hehe...tepat sekali kata-kata mak, dah ada basic Arab so mantapkanlah...buat apa susah-susah nak kuasai bahasa lain. Paling-paling pun mak aku suruh belajar bahasa mandarin, sebab ada nilai komersial...hehe..pelakon cerita cina tak cukup comel macam korea...(hahaha!!! ALASAN!!! T_T) Cuba tengok Jang Geun Suk a.k.a Hwang Tae Kyung...COMEL tak!!!!

Ye adilah sshi...anda pun comel juga..hohoho...


Kalau bab lagu pulak memang dah tak ada lagu bahasa lain yang aku nyanyi. Aku sedar, roomate aku pun dah naik pening dengan lagu yang aku nyanyi. Mana tak nye, kalau aku nyanyi properly dari awal sampai akhir takpe..tapi majority aku repeat part yang sama je. Lepas tu lirik yang paling jelas didengari pun hanya '...saranghae','...chorom', dengan'....sipundae'. Tu je... And buat Husna...actually akak tak hafal pun lagu tu...akak sebut asal keluar bunyi..ada iras-iras tu kira puas hati lah tu...haha..Pernah jugak kena sound dengan abang kat rumah, halus je teguran dia tapi menusuk kalbu...Dengan tenang dia bertanya..."Akak takde lagu lain yang boleh dipaham ke...apa kata bukak lagu yang boleh dipaham" Hehe...sangat faham...

Haha...apa-apa pun...itu ajelah hiburan terbaik sepanjang menghadapi kehidupan kat kuala lipis ni. At least terhibur gak lah hati ni, walaupun just tergelak, gabra, cemas n nangis sorang2 depan laptop...(hehe...saye x malu sbb roomate saye pun sama hohoho... ^_^)
Anyway to others kipas susah mati korea (termasuk diri sendri especially) korea korea jugak, hensem hensem gak tapi responsibility jangan lupa...sembahyang, basuh baju, basuh pinggan mangkuk lepas habis makan, buat tutorial, pck, practical dsbgnya..huhu~ [honest!!! saya tak pernah lupa semua tu...tanya romate saye...huhu~]

Sunday, July 11, 2010

ISL : Nyatakan perkaitan antara sotong dengan World Cup.

Entri kali ni pasal bola lagi. Walaupun team aku kecundang nak masuk final tapi takpe sebab dah dapat no. 3 dah pun. Boleh la tu...

Kali ni nak cakap pasal sotong. Apa kaitan sotong dengan world cup?? Hehe...semua orang tahu pasal sotong ni. Cuma aku je yang lambat tahu pasal sotong ni. Ini bermakna aku tak cukup cakna...btw credits to my friend Adibah yang bagi tahu aku pasal ramalan sotong yang bernama Paul ni. Mula-mula aku dengar, dah macam kucing pulak aku rasa sotong ni sebab siap ada nama lagi. Selama aku hidup tak pernah pulak aku dengar sotong ada nama selain daripada sambal sotong, sotong sumbat, sotong goreng tepung atau sotong masak asam pedas. ^_^

Apa-apa pun haiwan berkaki lapan ini terkenal dengan ramalannya dalam memilih pemenang bagi setiap perlawanan bola sepak. Lebih-lebih lagi tengah musim world cup ni ha...Lagilah femes en. sotong tersebut. Mengikut En. Wikipedia (kalau korang perasan wikipedia sendiri yang meng'encik'kan dirinya ~ cuba tengok kat bahagian URL - http://en.wikipedia.org/wiki/...)hahaha..betul tak..betul tak... Paul the Sotong telah meneka dengan betul 4 daripada 6 game yang Germany main. Kira terer jugak sotong ni meneka. Paul dah teka dengan betul masa Germany lawan Argentina, Germany lawan Sepanyol dan banyak lagi game lain. Dengan betulnya tekaan-tekaan tersebut, bertambah popularlah ia.

Setelah aku google 'Paul the Octopus' ni, baru aku tahu yang sotong ni sebenarnya lahir kat Weymouth, England tapi sekarang menetap di Sea Life Center kat Oberhausen, Germany. Kira dia bukan anak jati Germany la sotong ni. Mesti penduduk England panas jer hari tu kan bila sotong kelahiran England tu pilih Germany untuk menang game Germany lawan England dan memang Germany menang pun masa tu. "The octopus are really forget his land" (lupa daratan sungguh sotong ini), kata penduduk England. Tapi nak buat macam mana kan, dah duduk kat negara Jerman. Karang kalau tak pilih Jerman kang, kena buat sotong goreng lak kang. Itupun masa pilih Sepanyol hari tu pun, takut-takut berani jer tu. Nasib baik hidup lagi sotong tu sampai sekarang.

Dah alang-alang nak final dah pukul 2.30 pagi ni, jom kita tengok apa yang Paul the Sotong teka. Belanda ke Sepanyol...



Owh...nampaknya berita sedih buat penyokong-penyokong Belanda. Especially to Mr. Syauqi...Maaf sotong ni tak geng dengan ko. Hahahaha....

Ok dah stop...stop!!!! Tolong jangan percaya. Semua ni kan ramalan jer. Mana boleh percaya. Allah kan tak kasi kita percaya ramalan-ramalan ni. Semua tu berlaku secara kebetulan je. Allah tak kasi kita percaya ramalan-ramalan ni sebab, Dia tak nak kita terlibat dengan benda-benda haram macam judi ke apa ke. Kalau ramalan tak betul, kan dah rugi sploh ringgit ke, ribu-ribu ringgit ke. Itu tandanya Allah sayang kat kita. So, jangan percaya k. Tapi jangan lak pergi serang TV3 sebab siar ramalan cuaca. Walaupun tak boleh percaya nak seratus peratus gak, tapi ramalan tu untuk langkah berjaga-jaga je. Kot-kot ada yang nak pergi Giant ke, mana ke. Kalau TV3 ramalkan hujan di sebelah petang kat area Seremban maka bawaklah payung. Kalau tak ready dengan payung kang, konfem kuyup. Tak ke naya.

Sebagai langkah apa...???

Berjaga-jaga...
(pandai anak-anak murid cikgu...)

Tapi sotong tu memang tak ada unsur langkah berjaga-jaga. Maka janganlah percaya....

P/s: ISL adalah singkatan kepada Independent Self Learning. Ia adalah merupakan sejenis tugasan persendirian bagi pelajar-pelajar Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia. Selain ISL kami ada;
PCK: Bukan Phua Chu Kang tapi...Pedagogical Content Knowledge
WBS: Waktu Belajar Sendiri...(bukan gi balik bilik yea...)
dan banyak lagi...(tanyalah student IPG untuk penerangan yang lebih lanjut)