Pages
Tuesday, February 23, 2010
Tips untuk Menjimatkan Duit Elaun
Tak kisahlah sama ada korang dapat elaun ke, biasiswa ke, pinjaman ke...
Bila duit masuk je...kita keluarkan...bila masuk je, kita keluarkan lg... Jadi duit tu tak pernahnya nak merasa lama-lama duk dalam bank yang ber-aircond.
Kepada sesiapa yang dah ada niat sikit-sikit nak biarkan duit tu lama sikit kat dalam bank, jom la kita kongsi sama-sama tips kat bawah ni (t'masuk laa aku...huhu~):
Tapi ops!!! Jap!!! Buat korang yang rasa dah ok dengan kewangan korang sekarang, tak yah laa baca :)
1. Bila elaun masuk, korang cuba timbulkan rasa macam tak ada apa-apa yang berlaku atau dengan kata lain, korang buat 'dek' je. Jangan timbulkan rasa excited. Sebab dengan itu, korang tak akan mula menyenaraikan barang keperluan termasuk barang yang tak diperlukan untuk senarai 'wajib beli'.
2. Cuba untuk berasa bahagia dengan barang-barang yang korang ada sekarang. Contohnya, berasa sayang kepada handphone walaupun dah berumur lebih empat tahun dan tak ada bluetooth pun (macam aku... ngeee~). Sayang kat beg walaupun dah terputus da benang dia sikit-sikit (jangan lah sampai xleh nak pakai langsung kowt...). Sebab korang kena yakin yang semua barang-barang tu ada 'sentimental value' XD hohoho~
3. Timbulkan rasa MALAS...Hahaha, masa ni lah korang kena apply kan perangai tak best ni. Nak apply kat perkara lain tak baik, so masa ni lah kita gunakan sebaik-baiknya. Contohnya, timbulkan rasa malas nak keluar ke bandar, rasa malas nak tukar baju (especially p'puan sebab nak kne cari baju, cari tudung yang match, nak kne gosok lg, lagi-lagi tudung yang payah nak pakai tu...hah susah kan :O). So, bila rasa malas nak keluar, duit pun jadi jimat, tak payanh nak membeli, tak payah keluarkan duit tambang, kos duit minyak motor pun kurang.
4. Tapi kalau kena keluar gak untuk beli barang-barang keperluan, cubalah korang makan kenyang-kenyang dulu sebelum keluar. Aku dah cuba banyak kali dan dah jadi tabiat aku setiap kali sebelum keluar, memang menjadi sebab tak rasa sangat nak membeli. Kalau budak-budak maktab Afzan tu, korang belilah ice blanded ke, nugget ke, bebola ayam ke...makan dulu sebelum korang beli untuk makan malam. I hope it works on you huhu~ (tapi jangan lum sempat kenyang korang dah start m'beli - memang tak jalan kot!!).
Dah laa kot... tu je tips-tips yang aku tengah amalkan sekarang...tp perhatian!!! It may works on certain people only...Klu tak menjadi tu...cari lah cara lain k!!! :)
Saturday, February 20, 2010
Face Down - The Red Jumpsuit Apparatus
Hey girl, you know you drive me crazy
One look puts the rhythm in my hand
Still I'll never understand why you hang around
I see what's going down
Cover up with make-up in the mirror
Tell yourself it's never gonna happen again
You cry alone and then he
Swears he loves you
Do you feel like a man
When you push her around?
Do you feel better now
As she falls to the ground?
Well I'll tell you, my friend
One day, this world's got to end
As your lies crumble down
A new life she has found
A pebble in the water makes a ripple effect
Every action in this world will bear a consequence
If you wade around forever you will surely drown
I see what's going down
I see the way you go and say you're right again
Say you're right again
Heed my lecture
Do you feel like a man
When you push her around?
Do you feel better now
As she falls to the ground?
Well I'll tell you, my friend
One day, this world's got to end
As your lies crumble down
A new life she has found-
Scream:
One day she will tell you that she has enough
It's coming round again
One day she will tell you that she has enough
He's coming round again
Do you feel like a man
when you push her around?
Do you feel better now
As she falls to the ground?
Well I'll tell you, my friend
One day, this world's got to end
As your lies crumble down
a new life she has found-
Face down in the dirt
She said this doesn't hurt
She said I've finally had enough
Face down in the dirt
She said this doesn't hurt
She said I've finally had enough
Lagu ni adalah salah satu lagu Inggeris yang paling aku suka lirik dia. Lagu ni tentang seorang lelaki yang berkomunikasi dengan lelaki lain mengenai sikap lelaki tu yang senang-senang je meng'dumped' girlfriend dia.
Aku suka masa part...
Do you feel like a man
when you push her around?
Do you feel better now
As she falls to the ground?
Well I'll tell you, my friend
One day, this world's got to end
As your lies crumble down
a new life she has found-
Rasa best bila tahu adanya lelaki yang sedar yang meng'dumped' orang bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan. Aku ingat lelaki sume lebih kurang sama je. Kiranya aku ingat diorang bukannya kisah pun kalau kawan-kawan lelaki dia yang lain dumped girlfriend diorang. Tapi bila baca lirik ni, barulah aku tau bahawa ada jugak lelaki lain yang lebih bertimbang rasa dan berbelas kasihan dengan nasib yang ditimpa oleh perempuan. Lelaki tu siap sound lg kawan dia yang "Ko rasa cam lelaki sejati ke bila dumped girlfriend ko", "rasa best sangat ke bila dia tengok dia sedih". Macam tulah kiranya bila lirik tu di-Melayukan (hahaha...agknye laa).
So, buat lelaki-lalaki kat luar sana tu. Tolong ar jangan senang-senang jer nak dumped-kan girlfriend korang. Kitorang pun bukannya suka sangat kena dumped (ada ke yang suka??? huhu~)
Tapi lagu ni ditujukan buat lelaki yang senang-senang je (sayur-sayur je...) nak dumped-kan girlfriend diorang laa... Kalau girlfriend korang pun teruk sangat perangai dia tu lain cerita lah yea...huhu~
Btw lagu ni mmg BEST!!! Uhuhu~
Sunday, February 14, 2010
Lagu-lagu Sekolahku
Itu dulu, bila masa aku menganggap lagu sekolah sebagai lagu yang dipaksa nyanyi setiap pagi perhimpunan. Tapi bila dah besar-besar ni seronok pulak rasanya bila dapat nyanyi balik lagu-lagu sekolah ni. Lebih-lebih lagi bila tak ada lirik yang kantoi atau 'off-key'.
Lagu Sekolah Kebangsaan Senawang
Aku bersekolah kat sekolah ni masa aku darjah satu sampai darjah dua je, lepas tu aku pindah sekolah. Masa tu nama kelas sekolah guna nama warna. Aku darjah 1 Coklat (1996) dan darjah 2 Coklat (1997). Lagu sekolah dia macam nie:
Berdiri megah indah
Sekolahku tercinta
Ilmu murni dicurah
Pada kami semua
Kau tak mengenal jemu
Tiap waktu dan masa
Mendidik agar maju
Harapan ibu bapa
Wahai guru budiman
Kau takkan dilupakan
Tunjuk ajarmu, ku abadikan
Jujur serta amanah
Dan ikhlas diperjuang
Kami murid Sekolah Kebangsaan Senawang.
Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar
Semasa di sekolah ni, aku belajar dari darjah 3 sampai darjah 4 jer. Lepas tu pindah lagi. Tapi masa aku belajar kat sekolah ni, lagu sekolah tak ada lagi sebab sekolah ni sekolah baru masa tu. Kebanjiran murid kat Sekolah Kebangsaan Senawang membuatkan kami yang tinggal di taman perumahan Taman Tuanku Jaafar kena berpindah ke sekolah baru.
Sekolah Kebangsaan Ampangan
Aku bersekolah kat sekolah ni masa aku darjah 5 ngan darjah 6. 5 Al-Abdari ngan 6 Ibn-Khaldun. Lagu sekolah dia lak camni:
di bawah satu bumbung mulia sekolah ampangan
kami dididik setiap masa penuh dengan pengalaman
1895 mula tarikh wujudnya
berbakti kepada anak bangsa
menuju ke gerbang jaya
kawan kawan mesti sedia
marilah kita berusaha
supaya mencapai cita-cita
menjadi rakyat berjasa
kami sentiasa bersiap sedia
ikut didikan berjasa
kami tetap mengenang budinya
kerana pasti akan berjaya
SMKA Sheikh Haji Mohd Said
Lepas tu, bila masuk sekolah menengah, aku besekolah di SMKA Sheikh Haji Mohd Said. Terus jer dari tingkatan satu sampai tingkatan lima, tak de pindah-pindah lagi dah. Lagu sekolah Shams:
SMKA SHAMS tercinta
Mendukung cita-cita
Dunia dan Akhirat Tuntutan Hidup
Namamu Unggul di Persada Negara
Bawah Naungan Ibu Pertiwi
Guru Kami Hormati
Ikhlas Mendidik Tanpa Rasa Jemu
Kami Bersyukur Kepada Ilahi
Wahai Guru, Ayah dan Ibu
Doakan Kami Agar Menjadi
Anak Yang Baik Mendengar Kata
Cemerlang di Dunia Sejahtera di Akhirat
SMKA SHAMS tercinta
Mendukung cita-cita
Dunia dan Akhirat Tuntutan Hidup
Namamu Unggul di Persada Negara
Namamu Unggul di Persada Negara
Lagu Matrikulasi Negeri Sembilan
Lepas sekolah menengah, aku masuk matrik. Lagu matrik adalah antara lagu tempat belajar yang best bagi aku. Muzik dia best, rasa cam nak menari jer(over sgt dah tu). Lagu matrik:
Lahir generasi berilmu
Berfikiran positif
Berkemahiran
Menjana Kejayaan
Tingkatkan nilai modal insan
Sahsiah mulia
Berketrampilan
Harmoni dan seiringan
Kita Menjana Nilai Dan Skor
Dunia penuh cabaran
Kami sasar wawasan
Maju...
KMNS...
Gemilang terus terbilang
IPGM Kampus Tengku Ampuan Afzan
Lepas matrik lak, aku masuk kat Institut Pedidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan. Kat sini agak banyak lagu yang nak kena nyanyi sebab ada lagu 'Kami Guru Malaysia', Lagu Institut, dengan Lagu IPG.
KAMI GURU MALAYSIA
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi Kami tak persiakan
Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan
LAGU IPG KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
Dari bumi pahang darul makmur
Kami penuntut berikrar
Mendidik membimbing penuh usaha
Membina negara jaya
Tetap mengamal rukun negara
Agar hidup kita bahagia
Bersatu pasti akan berjaya
Untuk nusa juga bangsa
Dengan semangat waja kami terus berjuang
Rela kami berkorban itu sumpah tercipta
Berilmu tinggi penuh didada
Berakhlak mulia sempurna
Beramal bakti hidup berjasa
IPTAA berjaya
LAGU IPG
Institut Pendidikan Guru
Kami sentiasa bersedia
Menjulang etika kerja
Berkorban jiwa raga
Menjunjung aspirasi
Bangsa Negara tercinta
Berwibawa berintegriti
Keunggulan peribadi
Berteraskan keimanan
Mendidik anak bangsa
Kami bangga menjadi guru
Kerjaya dihormati
Tidak jemu menimba ilmu
Bakti setulus hati nan budi
IPG Malaysia berikrar
Membentuk guru berkualiti
Penyayang berakhlak mulia
Mendokong misi visi IPG
Itulah antara lagu yang aku perlu hafal sepanjang menjadi seorang pelajar. Antara lagu yang paling aku suka ialah Lagu Sekolah Kebangsaan Senawang, Lagu Matrikulasi dengan Lagu IPG.Aku harap aku sendiri tak lupa semua lagu ni sampai bila-bila... huhu~~~ ;)
Thursday, February 4, 2010
Kelakar la jugak...
Bila bukak balik message-message lama, terjumpa lak lawak2 nie...
So, baca lah yea...MANA BARANG YANG 'FREE'?
Bila suami balik kerja, isterinya suruh ke pasaraya untuk membeli barang-barang dapur. Jadi pergilah si suami membeli semua barang-barang yang dipesan. Bila pulang ke rumah, isterinya mengambil beg-beg plastik dan membawa keluar semua barang untuk disimpan. Isteri terjumpalah satu tin marjerin. Di luar tin tu ada tulis ... FREE... Isteri tanya si suami, mana benda yang 'FREE' ini? Kenapa tak ambil? Suami katalah lupa hendak meminta benda itu tadi. Maka isterinya pun menyuruh suami pergi semula ke pasaraya tersebut untuk menebus benda 'FREE' itu. Suami pun pergilah membawa tin planta tadi jumpa jurujual untuk menebus benda 'FREE' yang tertulis. Bertengkarlah suami tadi dengan
jurujual terbabit. Jurujual itu kata benda 'FREE' itu ada dalam tin. Suami kata mana boleh, dalam mesti tak ada punya.Dia terus meminta dari jurujual. Penyelia yang kebetulan lalu di situ dan terdengar pertengkaran mereka. Apabila ditanya, dia pula dimarahi oleh si suami tadi. Si suami berkenaan minta juga benda 'FREE' dari penyelia itu. Suami tadi tunjuk tin planta yang ada bertulis 'FREE' itu. Supervisor tadi belek kanan belek kiri tin planta tersebut. Dia membaca tulisan berbahasa Inggeris itu. CHOLESTEROL FREE...!!!
AKIBAT TUNJUK PANDAI
Mamat ini amatlah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah tersebut bolehlah tahan cunnya. Mamat ini pun tak kalah kacaknya. Ngorat punya ngorat, tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon depan Pak Haji Dollah. Dia bukan main warak lagi,
berkopiah di kepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka semuanya berjalan dengan lancar. Malam itu agak lewat sedikit keluarga Haji Dollah masuk tidur kerana sibuk berkemas rumah selepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugalah masuk tidur. Agak terganggulah juga kemanisan malam pertamanya itu. Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidur, Pak Haji Dollah mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, maklumlah malam pertama, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah, dia asyik berbaring dek kerana penat, membetulkan urat-urat yang lenguh semalam. Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya itu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid.
Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam, Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai, Mat... kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat jawab, "Eh, ya ke tiga rakaat? Rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi." "Masya Allah..," mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Rupanya si Mamat ini tak pernah sembahyang Subuh. Dia tak tahu yang solat subuh tu dua rakaat.
Tuesday, February 2, 2010
OPS Pembersihan Sarang
kerana sarang labah-labah yang bermaharaja lela di blog aku ni dah pun dibersihkan...
Walaupun still xde idea ntuk entry kali ni...tp asalkn..aku tau blog ni boleh dibukak, orang boleh baca, aku boleh hantar entry = cukup
Ini pun nasib baik ada kelas INTEL (thanks En, Shukor :) yang memerlukan aku untuk mempunyai sebuah blog, kalau tak...aku percaya bukan setakat labah-labah tapi tikus dengan ular pun nak apply tempat same~